Bab 10

114 8 0
                                    


Tiba-tiba ada cahaya menerangi kesemuanya. Tadi gelap terus terang-bederang.

Aku sekarang berada di halaman sebuah baglo. Kelihatan ada seorang perempuan yang aku kenali sedang menunggu sesuatu.

Aku meneliti mukanya, perempuan itu adalah aku. Jasad aku!

"Hon... hon...", kedengaran bunyi hon kereta dari luar. Terus jasadku menerpa ke luar lalu masuk ke dalam kereta itu. Lalu kereta itu bergerak.

Jasadku duduk di sebelah tempat driver dan yang memandu adalah Meena 'manusia'.

"Kita nak pergi mana Meena?", tanya jasadku dengan gembira.

"Kita pergi membeli-belah nak?", tanya Meena. Muka jasadku berkerut. Disoal dan dijawab dengan solaan.

"Hmm... boleh juga. Sambil tu kita rehatkan dan manjakan diri kita", kata putus jasadku. Mereka bersorak girang.

Kereta itu laju bergerak di tangah-tengah jalan raya.

Tiba-tiba kereta mereka ditolak ke kanan oleh kereta lain. mereka terkejut dan takut.

Meena memperlahankan kereta lalu kereta mereka jauh ke belakang dari kereta yang menolak mereka.

Tiba-tiba kereta mereka dikepung oleh tiga buah kereta lagi yang sama. Sebuah mengepung sebelah kanan manakala sebuah lagi mengepung sebelah kiri dan belakang.

Meena memecut laju ke hadapan. Di hadapan kereta mereka ada sebuah kereta memecut laju dengan arus bertentangan sehingga mereka terlanggar.

Kepala Meena berdarah kerana dihempuk oleh stereng kereta. Meena memejam matanya manakla jasadku separa sedar.

Kepala jasadku berdarah sedikit dan aku melihat dua orang lelaki mendukung Meena masuk ke salah satu kereta mereka.

Jasadku tidak terdaya untuk menghalang dan ada seorang lelaki menghentak kepala jasadku ke dash board kereta dengab kuat sehingga jasadku terkulai dan tidak menyedar diri.

"Meera, bangun!"..........

Mimpi MeeraWhere stories live. Discover now