Di dalamnya, kelihatan pelbagai potret tergantung. Tempatnya luas dan berkilauan."Dari luar namapak macam bukan bilik dan kecil. Rupa-rupanya, dalamnya sangat cantik", komenku.
Aku melihat sekeliling bilik itu. "Ini bilik apa?", tanyaku. Meena tersenyum melihat gelagatku yang terpegun melihat dengan kecantikan bilik itu.
"Sebenarnya,ini tempat saya meletakkan semua kenangan saya di sini", jawabnya. "Kenangan saya dan awak di bahagian sana", katanya lagi lalu pergi ke tempatnya. Daun pintu itu dibuka olehnya.
Aku hanya mengikut gerakannya dan melihat kandungannya. "Kenangan saya dan awak sahaja", kata Meena. Aku meneroka bilik itu.
Entah bagaimana aku tertarik melihat potret yang tergantung di tengah bilik itu. Lukisan potret itu adalah sebuah kereta Hilux berwarna hitam bersama lima orang yang sedang menyandar badan mereka ke kereta itu.
Lima orang itu adalah aku, Meena dan tiga orang lelaki.
Tiba-tiba kepalaku pening. Badanku terhuyung-hayang. Mindaku secara tiba-tiba datang gambaran sebuah kereta di potret itu kemalangan.
Meena datang kepadaku apabila melihat diriku begitu. Lalu dia memengang kedua-dua tanganku dengan erat sekali. Aku memejamkan mata kerana terlalu pening, ditambah lagi pening apabipa Meena mula mengoyangkan badanku.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...