Apabila sudah petang, aku memulakan misi dengan meneroka semua bilik di dalam baglo ini.
Dari bilikku hingga bilik stor bawah.
"Huh, tak jumpa apa-apa pun barang yang boleh bongkarkan rahsia. Penatnya", keluhku selepas habis memeriksa semua bilik.
"Ke kat sini ada bilik rahsia?", tanya diriku apabila terfikir tentang itu.
Ligat aku berfikir untuk mencari idea. Akhirnya aku menjumpa ideanya.
Aku turun ke bawah lalu menuju ke halaman belakang banglo. Kelihatan daun kering yang sangat banyak ada di semua tempat.
"Macam dah lama ditinggalkan. Diorang ni tak mengemas ke. dah lah sunyi sepi lepastu bersepah, memang patut dikatakan banglo ini banglo yang lama ditinggalkan", bebelku kerana geramkan perangai diorang yang penyepah. Lagipun aku cerewat dan geram apabila melihat sampah.
Semasa berjalan sambil membebel, tiba-tiba aku tersungkur kerana terpijak sesuatu yang tersembunyi sebalik daun kering.
Aku melihat kakiku. Buku lali dan kepala lututku berdarah kerana luka.
"Ni lah akibatnya kalau halaman sebegini", seloroh aku.
Walaupun luka aku tetap boleh berdiri lalu aku memandang tempatku terjatuh. Kelihatan sesuatu yang berwarna merah jambu.
Aku mengalihkan daun kering ke tempat lain lalu aku mengambi barang itu.
Barang itu adalah bag tangan yang lusuh lalu tergesa-gesa menyelongkarkan apa isi di beg itu.
ada beg dompet dan sesuatu yang berada di dalam plastik yang diikat lalu aku membukanya.
Dalam plastik itu ada beberapa keping gambar.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...