"Ring...ring...", kedengaran bunyi telefon di sebelah berdering untuk mengejut manusia yang lena dari tidur.
Aku membuka mata apabila terjaga dari mimpi yang agak pelik. Tentang seorang perempuan dan seorang lelaki. Siapalah mereka dan kenapa mereka muncul dalam mimpinya? Dan apa kaitanya?
Aku sekarang berda di bilik yang cantik dan sangat luas. Aku bangun dari katil lalu menuju ke pintu bilik. Tiba-tiba daun pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya dari luar. Kelihatan di luar ialah seorang perempuan yang seiras dengan perempuan di mimpinya.
Aku tidak percaya dengan apa yang berda di depannya. Perempuan yang berada di mimpinya sudah mati, tak kan boleh hidup. "Mungkin itu hanya mimpi sahaja", teka aku.
Aku bertanya dengan sedikit ketakutan, " siapa awak?". Perempuan itu tersenyum melihat gelagatku lalu menjawab sambil mempekenalkan dirinya, " jangan takut. Nama saya Meena".
"Meena, nama saya siapa? Saya tak ingat apa-apa lepas saya terjaga dari mimpi saya", tanya aku inginkan kepastian.
Mula aku membuka mata, aku tidak tahu siapa diriku,asal-usulku dan dimana sekarang aku berteduh. Tiba-tiba saja permpuan itu muncul.
"Duduk dulj. Nanti saya bagitahu awak", atah Meena lalu duduk di bucu sambil menepuk tempat duduk sebelahnya, tanda duduk di situ. Aku hanya mengikut.
"Nama awak ialah Meera. Awak ada di rumah saya. Awak anak yatim piatu, sama dengan saya. Kita kawan baik sejak kecil lagi",katanya.
"Mari makan dulu", jemput Meena lalu meninggalkannya keseorangan di dalam bilik dengan sarapan
Selepas daun pintu itu ditutup oleh Meena, kulit Meena bertukar menjadi ngeri dan hodoh. Kulit mukanya mengupas sehingga menampakkan daging yang kemerahan dan berulat serta darah mengalir.
Aku terpengun dengan kata Meena tadi. "Adakah ia benar?",tanya hatiku. Baru ingin aku bersarapan, aku teringat tentang mimpi tadi dan ingin menanyakan soalan. "Nanti aku tanyalah", pujuk hatiku lalu mula bersarapan.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...