Bab 6

113 8 0
                                    

Aku terjaga dari lena. Aku tidak boleh melihat apa-apa. Mindaku dibayangi Meena yang bukan seperti manusia biasa. Kepala dan badanku tidak seperti tadi.

Aku mengerakkan jariku telunjukku ke atas sikit-sedikit. Aku cuba menjerit meminta pertolongan tapi entah kenapa mulutku berkunci dan hanya boleh berkata di hati sahaja.

"Susahnya nak bergerak", keluhku di hati apabila aku dapat mengerakkan jariku terlalu perlahan.

Selepas jari, tangan pula aku gerakkan. Aku meraba sekelilingku. 'Lembut', getus hatiku.

"Doktor!", jerit satu suara. Terkejut aku lalu membuka sikit-sedikit kelopak mataku. Akhirnya aku dapat melihat.

Tiba seorang lelaki yang memakai baju seperti doktor serta dua orang perempuan. Seorang perempuan seperti jururawat dan seorang seperti biasa. Aku beranggapan bahawa seorang doktor dan seorang jururawat serta seorang pelawat.

Doktor dan jururawat itu mula memeriksa diriku. Aku hanya mengikuti arahan mereka.

"Macam mana dok?",tanya perempuan biasa tadi dengan risau. Aku pula pelik.

"Dia ok cuma kena bagi banyak rehat dan selalu maan ubat", jawab doktor itu degan tenang selepas selesai memeriksaku.

  Mereka pun meinggalkanku kecuali perempuan biasa tadi. Perempuan biasa itu duduk di krrhsi sebelah katilku.

"Saya di hospital ke?",tanyaku inginkan kepastian. Perempuan itu senyum sambil mengangguk.

"Siapa awak?", tanyaku lagi. "Cuba tengok muka saya dan ingat semula", ujarnya. 'Haih, aku tanya dia suruh aku lula yang teka' , kata hatiku.

Aku meneliti mukanya dan mengingati semula. "Macam pernah tengok", ujarku. Dia hanya tersenyum.

"Awak...." Belum sempat aku menjawab soalannya, tiba-tiba daun pintu dikuak oleh seseorang dari luar. Kami melihat siapakahnya.

Mimpi MeeraWhere stories live. Discover now