Bab 3

114 8 0
                                    

Aku menaiki atas lalu menuju ke balkoni tingkat atas. Aku membuang pandangan ke luar. Sangat cantik dan banyak kereta lalu - lalang di hadapan rumah ini.

"Hai,Meera. Awak dah sihat", kata Meena secara tiba-tiba. Aku terkejut lala berkata, " awak ni apalah. Terkejut saya".

"Alahai, itu pun terkejut", usik Meena. "Sekarang kita di maaa?", tanyaku, inginkan kepastian. "Kita di rumah saya", jawab Meena dengan selamba.

"Saya tahu kita berada di rumah awak tapi rumah awak di negeri mana?",tanyaku lagi sambil menerangkan maksudku.

"Awak akan tahu nanti", jawab Meena dengan senyuman pahit. "Jom turun makan, Meena. Makanan dah siap", ajak seseorang perempuan yang sebaya dengan mereka sambil senyum lebar.

"Baiklah, nanti saya turun. Terima kasih ingatkan", jawab Meena sambil membalas senyuman perempuan itu. Apabila medengar Meena berkata begitu, perempuan itu meninggalkan mereka.

"Siapa dia?",soalku dengan pelik. "Suri", ringkas sekali jawapan Meena. "Kenapa dia dis ini?",soalku lagi.

"Dia kawan saya", jawab Meena dengan selamba. Tiba-tiba aku baru sahaja teringat tentang perempuan tua yang aku rasa nenek.

"Dia orang gaji", kata Meena secara tiba-tiba seperti mengetahui apa yang aku fikirkan.

"Jom makan", ajak Meena lalu menarik tanganku supaya mengikutnya.

Meena bukan menuju ke dapur tapi ke tempat lain. Dia menuju ke bilik yang berada di bawah. Bilik ini tersorok sedikit dari pandangan.

Meena membuka pintu bilik itu. "Wah!", terjeritku seketika apabila melihat dalam bilik ini.

Mimpi MeeraWhere stories live. Discover now