Selepas beberapa jam, aku kembali ke dalam bilik. Telefon itu sudah dicas penuh lalu aku menghidupkannya.
Setelah dihidupkan, terus menaip kata kunci telefon itu.
Aku membuka aplikasi yang ada di tefonnya lalu meneliti setiap apa yang ditulis, gambar dan video.
"hah!", terjeritku sebaik saja melihat kesemuanya. "Kenapa Meera?", tanya Suri dengan riak kerisauan di luar secara tiba-tiba selepas mendengarku menjerit.
aku memulas tombol lalu mempelawa Suri ke dalam bilikku lalu mengunci pintuku.
"Kenapa dengan awak?", tanya Suri kerisauan melihat sikapku yang berubah secara tiba-tiba.
"Suri duduklah dulu. Nanti saya cerita", jawabku lalu melabuhkan punggung di sebelah Suri.
Aku memainkan satu video kepada Suri. Suri terkejut lalu memandangku inginkan penjelasan.
Aku mengangguk lalu berkata, " aku jumpa barang dia kat halaman belakang rumah".
Suri ternganga mendengar penjelasan dimana aku mendapatkan barang-barang Meena.
"Ouh, patutlah", kata Suri sambil berfikir. "Patutlah apa?", tanyaku kerana kekeliruan. 'Pasti ada sesuatu tersorok yang boleh membantu aku untuk membongkarkan rahsia ini', kata hatiku.
"Patutlah barang-barang Meena ada kat situ sebab lama tiada siapa menjejakkan kaki ke sana", terang Suri. Aku hanya mengangguk untuk menghadam maksud Suri.
"Kemungkinan mayat dan barang Suri bersama Shaz ada di sekitar ini cuma disorokkan. Kemungkinan saya dan Meena kemalangan dan kehilangan Shaz dan kematian Rafizal dirancang cuma Rafizal dapat tahu mana mayatnya tapi pembunuhnya tidak dapat", luah kesimpulan yangku buat selepas melihat kesemua bahan bukti.
"Kita perangkapkan dia", cadang aku. "Kau ada idea ke?", tanya Suri.
Aku mengangguk lalu membisik sesuatu di telingga Suri dan Suri mendengar dengan penuh tekun dan teliti.
Sebaik selesai aku membisik kepada Suri, suri mengangguk tanda bersetuju dengan idea gilaku.
Aku dan dia tersenyum dan aku berdoa kepada tuhan yang maha esa supaya esok segalanya akan lancar.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...