Bab 5

107 7 0
                                    

Maaf sebab lama tak update.

Aku tak boleh bergerak walaupun sedikit. Kepalaku terlalu pening. Rasa ingin pitam saja.

Meena memberhentikan perbuatannya. Kebas dan pening berkurangan. Aku pelik tapi aku malas nak berfikir lalu membuka kelopak mataku.

"Argh..!", jeritku apabila Meena di depannya. Di depannya, bukan Meena manusia yang jasadnya seperti tadi. Kulit Meena terkoyak sana-sini. Darah mengalir di badan Meena bersama ulat yang bergerak. Menjijik dan mengelikan,getus hatiku.

Mata Meena pula bukan seperti manusia biasa tapi matanya merah menyala. Bajunya koyak-rabak dan paling mengerikan adalah kaki kanan Meena tiada dan mengalir darah sehingga ke lantai.

Melihat perubahan jasad Meena begitu, aku terus memejamkan mataku dengan rapat sekali lagi. Kerana takut dan ngeri melihat perubahan diri yang berubah.

Meena mulai menggoyangkan badanku sekali lagi. Kepalaku semakin pening manakala badanku mulai kebas, terhuyung-hayung dan sakit².

"Tolong aku jika kau sedar. Aku merayu sangat, tolonglah aku. Sempurnakan apa yang patut di sempurnakan. Kau akan temui segala jawapan pada setiap solan kau nanti apabila kau sedar", bisik suara halus di telingaku yang sedang merayu.

Aku tertanya apa maksudnya tapi kepalaku sangat pening kerana Meena mengoyangkan badanku dengan lebih kuat dan cepat.

"Huh,peningnya!",kata hatiku kerana takut didengari olehnya. "Sedar!sedar!sedar!",kata Meena sambil mengoyangkan badanku. "Tolong aku",rayu Meena sebelum aku rebah dan semuanya gelap.

Mimpi MeeraWhere stories live. Discover now