Aku meneliti gambarnya. "Semua gambar berkaitan dengan Shaz", kataku membuat kesimpulan tentang gambar itu.
aku meletakkan kembali gambar itu di dalam plastik lalu menyelongkarkan beg dompet pula.
Aku mengambil kad pengenalan dan di situ tercatat nama yangku kenali iaitu Meena binti Abdullah.
Di beg dompet itu juga ada dua gambar Meena bersama dengan seorang lelaki iaitu Shaz dan gambar Meena bersama Syazrell.
Aku pelik melihat gambar kedua-dua. "Apa kaitan diorang berdua dengan Meena. Jika kekasih mesti seorang lelaki je takkan dua orang pula. tak mungkin Meena main cinta pula. meena dengan diorang kan kawan", ujarku apabila melihat gambar itu. Banyak tanda tanya berkenaan dengan gambar tu.
prap.. prap...
Kedengaran bunyi tapak kaki seseorang menuju ke sini.
Dengan pantas aku mengambil beg tangan itu bersama dengan barang di dalamnya lalu mencari tempat sorok.
Aku ada nampak sebuah pintu lalu membukanya dan menyorok.
Prap... prap..
Bunyi itu semakin kuat dan dekat.
"Ya Allah, selamatkanku", doaku dengan perasaaan berdebar-debar.
Tiba-tiba bunyi tapk kaki memijak daun kering itu berhenti tepat di pintu yang aku sorok.
Dadaku berombak gementar dan takut akan dilakukan sesuatu.
Orang yang memijak daun kering tadi mula memulas tombol. Aku menggigil dan gementar.
Kring..kring..
Kedengaran bunyi telefon orang itu berbunyi lalu bunyinya berhenti mungkin sudah dijawab.
"Ok nanti saya datang", kata orang itu lalu berpatah balik dengan tergesa-gesa.
"Fuh,sebaik", kataku dengan lega lalu menghembuskan nafas yang tersekat di kelongkong tekak kerana gementar dengan sepuas-puaanya.
"Alhamdulillah", syukurku kepada tuhan.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...