Keesokkannya...
Syazrell masuk ke dalam baglo. Aku yang berada di ruang tamu yang sedang menonton televisyen menyapanya, "kau dah balik akhirnya".
Syazrell yang baru perasaan keberadaanku sedikit terkejut dengan sapaanku. Dia hanya megangguk.
"Sini jap, aku nak kata sesuatu", arahku sambil menjuihkan bibir ke kerusi depanku. Dia hanya menurut.
"Kenapa?", soal dia sebaik duduk di kerusi depanku. "Kau kenal Meena, Shaz dan Rafizal?". Aku tidak menjawab tapi menanyakan soalan.
"Mestilah kenal. Diaorang kan best friend forever ", jawab Syazrel selamba. "Apa hubungan kau dengan Meena?", tanyaku lagi. Aku ingin mengorek rahsia dan ia adalah salah satu rancanganku.
"Hmm.. kenapa awak tanya?", tanya dia kembali. Aku menjawab, "mestilah aku nak tanya. Sebab diorang kawan aku. Aku tak beberapa ingat sangat".
"Ouh, aku dengan dia adik-beradik". Akhirnya dia menjawab tapi riak wajahnya tidak kelihatan sedih tapi selamba aja dia menjawab.
"Shaz dan Meena pula apa hubungannya?", tanyaku lagi. Muka dia sedikit ada kemerahan, kemungkinan marah.
"diotang suka antara satu sama lain", jawabnya dengn nada sedikit tegas. 'Pelik juga aku, tadi jawab selamba tapi soalan ni dia jawab macam nak marah je', kata hatiku.
"Awak tahu siapa pembunuh diorang dan awak tahu tentang ni?", tanyaku dengan berhati-hati lalu menunjukkan sebuah telefon Meena yang aku jumpai di halaman belakang banglo ini. Sekarang aku dah mula menanyakan soalan maut.
Dia membulatkan mata apabila melihat telefon Meena lalu memandang aku dengan pelik. Jika lihat lebih dekat dan sentiasa melihat Syazrell, memang nampak sedikit riak cemas di mukanya.
"Secret", jawabku ringkas saja. Dia tersenyum sinis lalu menanya, "kau dah tahu kan siapa pembunuhnya?".
Aku pelik tapi bila berhadapan dengan dia aku tenang dan membalas senyuman sinisnya lalu menjawab, " ya. aku tahu kau pembunuh! Tapi kenapa kau bunuh diorang sedangkan diorang kawan kau sendiri?!!", balasku dengan sedikit kasar dan suara yang tinggi lalu berdiri.
Aku bersa sedikit marah dengan Syazrell sebab dialah pembunuh kawan baik aku dan merancang ingin membunuhku.
Syazrell berjalan ke arahku lalu memberhentikan pergerakannya di belakangku. Aku terasa ada sesuatu di kepalaku.
"Ini pistol. Sekali aku tekan, kau boleh mati dan jadi macam diorang tapi diorang lebih teruk dari kau! Aku menyesal bagi kau kehidupan. Aku ingat kau tak boleh bongkarkan tapi aku pandang rendah kat kau. Aku sebenarnya dah lama tahu. Dari mimpi yang kau cerita. Memang aku yang bunuh diorang. Oh, aku terlupa nak bagigahu yang Suri pihak aku", kata Syazrell.
Aku berdebar-debar apabila aku tahu yang aku rasa di kepala adalah pistol dan aku rasa sedih kerana Suri juga pihak dia jadi aku dalam bahaya dan rancangan aku sudah hancur.
"Kau ada permintaan sebelum aku tembak kau?", tanya dia perlahan. Aku hanya diam sambil berfikir rancangan lain.
"1.. 2..". Tak sempat Syazrell menghabiskan kiraannya terus aku memotong, " aku ada permintaan".
"Apa? Aku akan tunaikan tapi kalau aku nak", jawabnya. "Aku nak mayat diorang dikebumikan seperti mayat lain dan aku nak tahu kenapa kau bunuh diorang", balasku.
"Aku tak nak tunaikan", kata Syazrell membuatkan darahku menaik kerana marah dipermainkan.
"Tadi kau kata kau boleh tunaikan!", tengkingku lalu memandang ke arahnya lalu merampas pistol dari dia dan menendang alat sulitnya.
Syazrel mengerang kesakitan lalu aku ke luar untuk mendapat bantuan. "Jangan ke luar Meera", tahan seseorang dari belakangku.
Aku memandang belakang dan di belakangnya yang memanggilku ialah Suri.
Aku dengan marah sebab dia khianati aku terus menengking dia , " kau nak apa hah! Dah puas khianat aku!".
"Kau cakap apa?", tanya Suri pelik tiba-tiba marah pada dia.
"Kau tak perlu berlakonlah. Syazrell dah cakap yang kau tu pihak dengan dia iaitu pihak pembunuh!", jawab aku dengan marah.
"kenapa kau tu lurus bendul? Percaya sangat dengan dia. dia menipu!", kata Suri. Aku memandang dia dengan pelik dan aku keliru siapakah yang benar.
" Bomm!", kedengaran bunyi dari banglo datang ke arah sini dengan cepat dan kuat.
"Meera tunduk!", arah Suri. Aku yang tidak tentu arah hanya mengikut aja.
Suri rebah selepas aku mengikut arahannya. Bahagian pinggang Suri mengeluarkan darah yang banyak.
"Awak kena tembak", kataku lalu melihat luka Suri. "Lari, Meera. Tinggalkan aku. Minta bantuan. Telefon polis dan tolong diorang", arah Suri dengan nada perlahan.
"Takkan aku nak tinggalkan kau. Kau sedang sakit. Kau yang perlukan bantuan", bantahku.
"Kematian aku akan mnjeput tak lama lagi. Telefon polis, Meera. Kau buat untuk aku dan diorang", kata suri lemah.
"Aku minta maaf tentang tadi", ucapku sedih. "Aku akan maafkan kau jika kau pergi telefon polis. Cepat!", kata Suri dengan sangat perlahan dan lemah.
"Baiklah", kataku lalu meletakkan kepalanya ke tanah dari pehaku lalu berdiri .
Tidak sempatku berjalan beberapa das dilepaskan oleh Syazrell. aku yang mendengar bunyi tembakan melihat belakang dengan kaku.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...