Aku memandang siapa yang menarikku. Rupa-rupanya Syazrell. Aku melepaskan tanganku dengan kuat lalu dia melonggarkan cekaman tangannya."Kenapa dengan kau. Tiba-tiba tarik aku!" , teking aku. Entah kenapa aku terasa terlalu marah dengan perbuatan Syazrell walaupun hanya temeh-remeh.
Syazrell hanya diam. "Kenapa?", tanya Suri apabila mendengar tekingan aku lalu menuju ke kami.
"Takde apa-apa ", jawabku selamba lalu meneruskan ke pintu lagi satu. Aku membuka daun pintu itu lalu meneroka isinya.
Syazrell dan Suri memandang gelagat ku dengan pelik.
"Macam mana awak boleh tahu?", tanya Suri. "Mimpi", jawabku selamba.
Aku menuju ke arah potret yang menyebabkan ku sedar ( rujuk bab 4 ).
Aku meneliti potret itu dengan teliti. Di dalam potret itu antaranya ialah aku, Meena dan Syazrell.
Aku merasakan ada sesuatu bergerak di potret itu. Di bawah gambar kami itu ada sesuatu yang bergerak laju. Ia menjadi huruf yang bercantum lalu aku membacanya.
jangan lupa untuk tolong aku! Aku akan sentiasa melihatmu dari jauh dan menolong mu. jangan lupa!!!!!
bulu romaku sudah meremang lagi-lagi pada ayat 'sentiasa melihatmu dari jauh'. Aku memandang ke kanan dan ke kiri untuk melihat jika ada seseorang sedang memandangku.
Tiba-tiba aku terpandang sekujur jasad yang berwarna hitam sedang memandangku. Jasad itu kabur dan meremangkan ku.
Tiba-tiba semuanya gelap.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...