Bab 7

107 6 0
                                    

"Hai sayang", kata seorang lelaki apabila pintu yang dibuka olehnya terbuka luas dan menampakkan aku dan perempuan yang sedang menemaniku.

'Siapa sayang dia?', tanya hatiku. Aku meneliti muka lelaki itu dan mukanya. Aku terkejut muka dia adalah muka yang berada di mimpinya. Mimpi seorang perempuan ditikam oleh seorang lelaki yang mukanya hampir sama. ( rujuk prolog )

Aku tertelan air liur apabila mengingati mimpi itu. Memang sangat mengerikan.

Lelaki itu mendekati katilku. Dia meletakkan sejambak bunga di atas meja sebelah katilku lalu duduk di kerusi sebelahku, bertentangan perempyan itu.

"Hai sayang. Awak dah baik?", soal lelaki itu kepadaku. Aku terkejut.

Melihat reaksi mukaku yang terkejut lalu lelaki itu mempekebalkan dirinya, " nama saya Syazrell. Kekasih awak".

Aku memandang perempuan tadi lalu bertanya inginkan kepastian, " awak suri kan?".

Suri senyum lebar sambil menganguk. 'Mesti dia gembira sebab aku ingat nama dia', kata hatiku sendiri.

Manakala Syazrell hanya senyum pahit sahaja.

Pada hari itu aku tidak banyak bertanya tapi banyak berdiam manakala Suri dan Syazrell bercerita tentang diriku tetapi aku tidak mempedulikannya.

Aku keluar dari hospital selepas beberapa hari. "akhirnya aku dapat keluar dari hospital!", kataku dengan gembira.

"Kita nak pergi mana?", tanyaku apabila keluar dari hospital lalu menuju ke kereta milik Syazrell.

"Kita pergi suatu tempat yang boleh mengingatkan memori awak", jawab Suri.

Kami masuk ke kereta yang berjenama vellfire. Syazrell duduk di tempat driver manakala aku dan Suri di belakang.

Aku teringat bilik kenangan aku bersama Meena yang menyebabkan aku terjaga dari koma.

Rupa-rupanya semuanya adalah mimpi bukan realiti. Kata suri lagi, Meena dan aku kemalangan tapi aku saja yang dijumpai dan kehilangan Meena dikatakan penculikan atau Meena terpelanting ke tempat lain. Sekarang unit yang berkaitan sedang membuat siasatan berkenaan kehilangan Meena.

"Rumah Meena ", kataku secra tiba-tiba apabila teringat peristiwa di rumah Meena.

Suri yang mendengar, terus memandang diriku. "Macam mana awak tahu?", tanyanya dengan pelik.

Aku hanya mengangkat bahu lalu membuang pandangan ke luar dan menviarkan pandangan pelik Suri. Bandarnya sangat cantik dan luas. kereta tidak sesak dan tiada kilang. Hanya rumah yag berbagai warna dan bentuk serta pokok kehijauan meghiasi pandanganku.

Mimpi MeeraWhere stories live. Discover now