Aku terjaga dari tidur apabila mendengar jeritan di luar rumah.
"Kacau betul", kataku perlahan kerana geram lalu pergi ke luar untuk melihat apa yang berlaku.
Terkejut aku melihat ramai orang berkerumun di halaman rumah.
"kenapa berkumpul? Apa yang berlaku", tanyaku sambil mejerit tapi malangnya tiada siapa yang menjawab atau memperdulikan aku.
"Kenapa dengan diorang ni?", tanya aku pelik. Tak dijawab soalan aku.
Tiba-tiba orang ramai memberi laluan kepada beberapa orang uang sedang mengangkat keranda ke dalaman rumah.
Aku memberi laluan kepada mereka untuk masuk ke dalam rumah. Mereka tidak mengendahkan aku seperti aku tidak wujud!
Aku naik berang dengan orang yang berada di sini.
mereka yang berada di dalam rumah meletakkan keranda ke bawah perlahan-lahan. Penutup keranda di buka lalu membuka kain kafan bahagian kepala dan terselah muka jenazah yang dikafankan.
Aku menuju berdekatan tempat jenazah lalu meneliti mukanya.
"Macam pernah tengok", getusku perlahan. "Rafizal", bisik suatu suara di telinggaku halus.
Aku mengangguk. "Siapa bisik tadi. bukan semua orang buat aku macam tak wujud ke? Kenapa pula ada orang bisik kat aku. Kenapa depan aku jenazah Rafizah, bukan dia dah lama arwah? Kenapa pula tiba-tiba jenazah ada pula di sini?" Aku keliru dengan situasi yang berlaku secara megejut.
Kataku menyebabkan semua orang memandangku dengan wajah tampak seperti marah kepadaku. Aku meneliti muka mereka dengan pelik semasa mereka memandangku.
"Antara mereka iailah pembunuh kawan baik kau", bisik suatu suara halus di telinggaku.
"Mereka semua pernah aku temui", kata hatiku.
Tiba-tiba salah satu mereka datang ke arah aku sambil membawa pistol yang diselitkan di tali pinggang dikeluarkan lalu menembak ke arahku.
Selepas itu semuanya gelap.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...