Katakan yang kau itu lebih baik, lebih bagus
Sedangkan aslinya kau umpama sang keldai yang jahil dan hina
Bongkak riak dengan segala kemewahan dunia
Hakikatnya setakat menumpang ditabir lakonan hipokrit kau
Dihulur tangan kau tolak bongkak
Dirayu bantu kau jeling hina seolah dia keji dan jijik
Tak kau nampak salah silap kau
Lebih kau cerminkan yang lain berbanding kau yang bodoh, keji lagi hina dan jijik
Buta kau berhadapan dengan cermin yang melontarkan semula tiap kata keji kutuk hina pada dia yang kau sumpah seranah
Memang kau manusia bangsat tak berhati budi
Ibarat bajingan mencari silap hina yang lain sedangkan diri kau ??
Tunggang terbalik
