Aku manusia
Kau juga manusia
Aku punya hati
Kau punya rasa
Aku memahami aku sebarluaskan
Tapi mereka ? Tak mengerti tak terpuaskan
Aku sendiri terkontang kanting
Diganyang rusuh-rusuh mulut manusia yang pertikaikan sampai aku kering
Tetap manusia berpegang pada satu
Tak ambil tahu, persoal rasa kaku
Penuh RAKUS penuh prejudis
Perhamba diri pada egois
Dizahirkan manusia memang untuk belajar
Kerana itu manusia tidak banyak pengertian
Manusia belajar,
Tapi penuh riak, sombong dan takbur
Fikir mereka faham segalanya
Disifat manusia itu tak pernah berasa puas, BUAS
Bebellah lama mana
Lapan hari tujuh malam tak tenat
Tetap dipertikai sampai penat
Kerana aku manusia punya amanat bukan hidup untuk melaknat
