Setiap titisan yang luluh dari isi hati bukan bermakna kesedihan
Tapi mungkin kali ini ia hadir kerana candra yang merindukan suria
Aku pernah hilang disimpan kepedihan hampir lemas dalam hancurnya hati
sampai mengharap akan hanya didasar tidak timbul mengikut arus. Tidak mahu dicari apa ditemui
Hingga itu aku ditemui oleh mega merah
Indah
Bergulung awanannya mengikut olak angin
Tenang
Dalam setenang awan ke Timur, titisan luluh itu kembali mengisi bercampur lautan kehitaman.
Sekerap itu aku masih cuba kembali ke dasar. Apakan daya tetap juga ditemukan awan.
