Aku takut
Takut dengan kata-kata manusia
Takut dengan pandangan manusia
Aku takut
Takut dengan masa sekarang
Takut aku tak dapat merasa masa depan
Takut aku mati dalam ketakutan dunia
Aku sakit
Sakit dengan rasa dengki dan iri hati manusia
Sakit dengan kesakitan yang diberi oleh manusia
Aku marah
Marah dengan diri sendiri yang hanya duduk melumpuh dan menulis puisi ini untuk mereka. Tapi tiada makna.
Aku sedih
Sedih dengan cara manusia menilai yang lain. Ingatkan mereka Tuhan. Mampu melumpuhkan yang lain.
Aku benci dengan kata nista juga porak peranda manusia
Aku benci sama iblis durjana merosak manusia
Benci sama hati manusia yang mudah terpaut dengan janji dan cinta iblis durjana
Aku tak mampu bersuara penuh
Aku hanya mampu melepas nafsu pada penulisan ini sahaja
Hendakku patah-patahkan keting mereka
Biar terduduk lumpuh dan lemah dalam kesakitan dunia
Mahuku jahit bibir dan bakar lidah mereka
Biar tiada dusta dan nista
Mahuku robek mata mereka biar hilang segala pandangan hina mereka
Inginku didihkan otak mereka biar seksa
Inginku renyuk-renyukkan hati mereka biar parah dilanda salah
Namun,
Tak mampu ku lakukan itu jika bukan atas kehendak yang Esa
Aku bukan pahlawan bukan seorang perwira
Hanya pemuisi
Menulis dengan hati dan simpati
