Mungkin, jika mampu diputar waktu
Inginku balik ke kisah lalu
Mahuku perbetul sakit yang membelenggu
Tapi...yang berlalu tetap kan berlalu
Kiranya aku masih sedar kan yang terkilan
Jiwa nada ku berontak terkesan
Perih sedih tatkala yang silam kembali menyulam mendera segenap ihsan
Telah ku pahatkan setiap irama dan memori tersimpan
Supaya nanti ku tak terkesan akan kepergian
Nada dan suaramu mungkin yang ku rindu
Senyum dan tawamu suatu yang ku mahu
Peluk dan sayangmu selalu bersamaku
Biarpun hanya berulang dalam kenang ku
