ORANG KITA

25 1 0
                                    

Orang kita hilang pengaruh jika tiada fitnah

Orang kita hilang maruah kalau tidak berharta

Orang kita hilang maruah jika tak membunuh orang yang membongkar rahsia mereka

Orang kita lemah jika tiada segala yang merosak mereka

Selalu bangga diri bongkak, sombong, riak, takbur

Sangkakan mereka layak memerintah dunia
Sedangkan lemah lagikan hina

Sangkakan mereka Tuhan kerana berpengaruh
Sedangkan buta ada yang menjulangnya dahulu saat dia kosong

Sesuka hati membenci yang lain
Sedangkan hati mereka seribu kali lebih keji.

Sesuka hati menghukum manusia tidak berdosa

Semua kerana mereka takutkan kita. Manusia yang punya pengetahuan cuma tiada perantaraan

Tak hirau yang lain asalkan mereka senang, tenang

Percayalah

Akan aku tikam tiap-tiap hati dan jantung mereka dengan panah dan busur kehidupan

Akan aku tetak pemikiran mereka hingga berkecai menjadi serpihan tawa dan hilaian ku

Akan aku gantung kekuatan mereka biar terawangan sehingga mereka menggelupur lemah

Akan aku bunuh hati mereka dengan puisi ku.

Biar terus terkesan ditusuk kata-kata sakti ku
Meninggalkan parut yang dalam dan pedih untuk ditahan.

Bermandi darah dan keringat dosa mereka

Terusan membawa mereka ke alam baqa
Bersuara dihadap Izrail

Hilang segala bongkak, riak dan sombong diri
Meninggalkan baki ketakutan dan kengerian
diseksa sebelum perhitungan

Ini hujah ku buat si Melayu !

PUIISIWhere stories live. Discover now