LEMAH

25 1 0
                                    

Bila kau rasa ujian yang diberi lebih berat dan sarat

Fikirkan mereka yang menderita semata-mata demi maruah diri dan agama

Kau merungut kepenatan terseksa

Mereka terima dengan kepastian dan kepatuhan
Bahawa ini hadiah dari-Nya

Saat kau sibuk menghebahkan rasa seksa kau diuji
Mereka sekadar berbisik kepada Tuhan

Tika kau menangis perit
Mereka sujud menahan sakit minta diberi rahmat dan berkat

Kalau kata itu sememangnya takdir mereka
Apa pula takdir kita ??

Setakat menjual maruah kerana lelah dengan dunia ??

Menyundal diri kepada manusia durjana ??

Menghancurkan nikmat hidup insan lain ??

Kata hidup kita dicatu.

Saat kau sibuk menggongong rasa sakit
Mereka menyandang seksanya keperitan dan kesakitan

Saat kau memberi salakan pada Tuhan
Mereka meminta dari Tuhan

Pernah kau berlawan di medan perang ??
Pernah kau dicium berpuluh butir peluru pada daging dan darah kau ??

Cukup sakitkah kau ??
Cukup seksakah kau ??

Tidak,tidak,tidak

Kau terlalu lemah dan manja

Tidak layak digelar khalifah sa'diah

PUIISIWhere stories live. Discover now