Bila kau lelah dengan dunia
Kau hanya berharap untuk tidur dan bermimpi
Hingga ke alam mati
Bila kau penat dengan manusia
Kau hanya berharap mereka lupa
Tapi dunia tetap menyimpan segalanya
Bila mereka berubah
Aku cuba untuk percaya
Bila sudah berkali tertipu daya
Banyak prasangka
Dia kata aku suka prasangka
Aku malaikat penuh tipu muslihat
Kerana banyak mulut-mulut hikmat
Aku tenat, penat
Tak banyak aku liurkan
Cuma pada yang aku laparkan
Tak banyak aku nampakkan
Hanya pada yang inginkan
Terselamatkan
Bila kau difitnah diludah
Mahu kau diam ?
Bila kau diikat mulut laknat
Mahu kau diam ?
Maaf itu mudah
Memaafkan itu susah
Kau bicara mudah
Tiada akal dalam madah
Salah kau
Aku tak berdosa
Silap kau
Aku tak berdusta
