ABC ❥ 2

995 40 2
                                    

      Afham melihat jam jenama Rolex GMT Master II yang tersemat kemas di pergelangan tangannya. Dia menunggu seseorang yang tidak pandai muncul dari tadi.

"Mana lagi si Sofeeya ni? Kamu memang betul-betul ada bagitahu dia ke?" Cikgu Halim a.k.a ketua unit disiplin pelajar sudah hilang kesabaran menunggu.

"Ada cikgu. Saya juga ada menyuruh Johan supaya memaklum lagi kepada dia." Afham sedikit cuak melihat perubahan muka cikgu Halim. Bengis.

Dia melilau melihat pintu kelas mereka sambil menggenggam tangannya. Ada juga yang tidak ingin mendengar kata-katanya.

❀❀

Aku melangkah lambat menuju ke kelas 5 Amanah. Biar padan muka dia tunggu aku kat sana. Hahahahah.

Aku sudah sampai di depan pintu kelas Afham. Aku pun memulas tombol dengan perlahan-lahan dan menjengulkan kepalaku untuk mencari kelibatnya.

Aku menahan gelak apabila dia kelihatan gusar memandang jam tangan miliknya. Aku kembali menutup pintu kelasnya sebelum berhasrat bertemu dengannya. Senyuman sinis terukir dibibirku.

Baru kau tahu rasanya menunggu kan.

Tanpa berlengah lagi, aku terus membuka pintu kelasnya dengan seluas-luas sehingga angin yang lalu masuk memenuhi ruang kelas itu. Cewah, ayat aku. Padahal, kipas yang berputar.

Namun, aku yang tadi tersenyum sinis terus terkaku apabila ternampak seorang lelaki berbadan gempal tiba-tiba berdiri di sebelahnya.

"Amboi, kamu baru nak datang Sofeeya?"

Kini giliran Afham yang memberikan senyuman itu ke arahku. Aku menelan air liur yang tersekat di kerongkong.

Cik-cikgu Halim? Kenapa dia ada kat sini pula?

"Kenapa baru nak datang? Bukan semasa habis persekolahan aje terus?"

Sindir cikgu Halim. Pedas.

Kurang ajar punya monyet. Kalau aku tahu cikgu Halim ada sekali, taklah aku lambat-lambat datang. Kenapa malang betul nasib aku hari ini?

"Maafkan saya cikgu, saya sakit perut tadi. Itu yang lambat. Saya minta maaf," aku terus menunduk meminta maaf setelah mengucapkan idea bernasku itu.

"Betul ke? Saya dengar kamu di kantin tadi. Mana satu yang betul ni?" Tebak cikgu Halim. Dia sudah memeluk tubuh sambil merenung tajam ke arahku.

Aku tidak mampu lagi menelan air liur yang tersekat di kerongkongku.

"Erh, saya.."

"Kamu datang ke sini," aku tidak sempat menghabiskan kata-kataku apabila cikgu Halim memanggil aku untuk datang menghampirinya. Afham yang menjadi pemerhati hanya menahan gelak menyebabkan gunung berapi di dalam hati aku ini ingin meletus sekejap sahaja lagi.


Haish.

Aku mencapai surat berwarna putih yang dihulurnya.

"Ambil surat ni. Selepas ini, jangan lewat lagi. Kalau kamu ulang lagi kesilapan kamu ni, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan kamu surat amaran terakhir. Faham?" Tegas cikgu Halim berkata. Aku sudah mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Tidak sanggup menatap wajah cikgu Halim.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now