ABC ❥ 8

511 33 5
                                    

     Aku menoleh ke arah manusia yang berada disebelah aku ketika itu.

Mamat sepet ni lagi.

Aku menggulingkan kedua anak mataku ke atas. Menyampah. Aku tidak menjawab kata-katanya sebentar tadi tetapi pantas menjauhkan diri daripada dia. Aku lagi rela kena hujan.

Dia kehairanan apabila aku tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya. Tidak lama kemudian,

"Bushhh."

Ada sebuah kereta lalu di tepi jalan menyebabkan kelopak air hujan yang berada di atas jalan itu terkena di seluarnya.

Aku senyum nakal lalu ketawa.

Aku terselamat. Padan muka.

"Opps, sorry." Itu sahaja yang mampu aku cakap. Aku pun beredar meninggalkannya.

Rafiqi sudah kelihatan geram. Dia memandangku tajam dan terus menghalang perjalananku dengan berdiri terpacak di hadapan aku.

Aku mengangkat mukaku.

"Apa lagi masalah kau?" Soalku. Rimas. Aku mengeluh kasar. Payungnya melindungi aku dari terkena hujan.

"Awak yang curi kasut Afham kan?" Katanya sambil mencebik. Matanya tepat memandang anak mataku.

Soalan dia, ya Allah. Takkan gelombang cerita aku dengan Hani tadi sampai ke telinga dia?

Aku terpegun sebelum keningku berkerut seribu lagi.

Macam mana dia boleh tahu ni?

"Apa kau merepek ni? Aku tak faham," sedaya upaya aku cuba bercakap yakin terhadapnya.

Rafiqi tersenyum sinis. Dia seperti ingin mentertawakan aku.

Aku paling tidak suka orang yang macam dia ni.

"Awak jangan nak berdalihlah. Saya tahu. Saya nampak awak semalam kat library," jawab Rafiqi selamba.

Hah? Aku hampir terlopong di hadapannya. Mataku sudah terkebil-kebil. Aku menggigit bibir.

"Ja-jadi aku yang curi kasut dia? Macam itu? Ramai lagilah orang kat library tu. Kau tuduh-tuduh aku, ada bukti?" Kataku tidak puas hati. Dia ni memang sembarangan nak tuduh aku.

"Kalau ada, macam mana?" Dia cuba mengugut aku. Senyumannya sudah mereng ke tepi.

"Apa bukti kau?" Soalku lagi. Padahal dalam hatiku saat itu ingin lari daripadanya.

Tiba-tiba mentol berwarna kuning menyala di atas kepalaku.

Rafiqi mula membuka kata namun pantas aku memotong.

"Kejap. Telefon aku berbunyi," aku pantas membelakang dan mengambil telefonku di dalam beg sekolah. Rafiqi berkerut.

"Hello, ha waalaikumsalam. Apa?" Sengaja suaraku dikuatkan.

"Kenapa along tak bagithu awal-awal. Baiklah. Ryan balik sekarang jugak." Aku terus memutuskan talian.

"Aku balik dulu. Nanti aje lah kau bagitahu aku erk? Lagi pula, apa penting sangat kasut dia tu? Bukannya kasut putera raja. Okay? Tak yah fikir sangatlah." Kataku sambil melemparkan senyum tak ikhlas.

"Tapi.."

Tanpa menunggu jawapannya, aku sudah jauh meninggalkannya dengan perasaan yang gembira. Pandainya Ryan ni! Pandai menipu!

Rafiqi memerhatikan aku dengan mukanya yang seperti kena reject.

"It's okay. Kali ini kau boleh lari Tengku Nur Sofeeya Aryanna." Desis Rafiqi.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now