ABC ❥ 18

432 28 8
                                    

     Jam penggera yang aku set di telefonku berbunyi menandakan jam sudah menunjukkan pukul 8:25 malam. Belakang tubuh aku tegakkan dari terus berbaring di atas katil.

Ryan, masa untuk belajar.

Ada bisikan kecil di telingaku menyuruh aku supaya tidak melengahkan masa. Pantas novel english yang aku baca selepas makan malam aku letak di rak bersebelahan meja belajarku sebelum berdiri menuju ke kerusi. Aku menggeliat. Rambutku yang terjuntai di depan muka, aku selak ke tepi telinga. Beg sekolah di atas meja aku capai seraya mengeluarkan buku-buku yang aku bawa di library pagi tadi.

Okey. Aku sudah belajar sejarah, jadi sekarang kena belajar matematik.

Fikirku. Semasa ingin meletakkan buku sejarah di tepi kanan meja, ada sebuah buku asing yang tidak pernah aku lihat tersisip bersama dengan buku sejarahku. Aku tarik buku itu.

Sketchbook?

Siapa punya?

Aku tidak ada pernah beli buku seperti itu meskipun aku memang ambil subjek lukisan kejuruteraan.

Lalu buku skets bersaiz kecil itu aku belek. Comel aje aku tengok. Buku skets itu tidak tebal tidak juga nipis tapi senang untuk dibawa ke mana-mana dan ringan. Cover depan buku lukisan itu pula adalah sebuah istana yang bertingkat-tingkat. Cantik. Walaupun gambar istana itu hanya berwarna coklat keseluruhannya tapi tidak mencacatkan gambaran istana tersebut. Patut pun ringan, mesti buku lukisan ni hasil dari kitar semula. Tengok ke tidak dalam dia?

Ryan, perlu ke kau tengok sampai ke dalam? Tak baik tau, sketchbook ni milik orang lain.

Lebih baik kau tengok, Ryan. Sebab nanti bolehlah kau bagi balik dengan tuan empunya buku.

Aku bermonolog. Bisikan yang satu menyuruh aku menerokai apa yang ada di dalam tetapi bisikan yang kedua pula menyuruh aku membuka untuk mengetahui siapa pemilik buku itu.

Aku mengeluh berat lantas tanganku mengambil tindakan terlebih dahulu tanpa sempat akal fikiranku menghalang. Aku sudah menyelak cover buku skets itu ke kiri.

R. Afham Firash

Ternyata mata aku cepat menangkap sebaris nama itu semasa tertacap pada halaman pertama. Aku terhah bila tidak percaya buku itu kepunyaan Afham. Mesti aku terbawa sekali dengan buku sejarah aku tadi.

Dia pandai melukis pula.

Tiba-tiba senyuman nakal terlakar di wajahku. Kalau buku ni milik Afham, bolehlah aku belek. Aku semakin teruja ingin ke halaman seterusnya.

Dia melukis kereta, rumah, pemandangan, dan semua objek tak bernyawa yang lain. Not bad. Lukisan dia halus saja, boleh ambil kos kelas aku.

Diam-diam ubi berisi ketua pelajar sekolah aku ni tapi kenapa aku tak pernah nampak dia ikut contest melukis?

Eh, eh. Asal aku tiba-tiba nak tahu sangat ni?

Aku terus menggeleng dan terperasan sesuatu. Dia tidak ada lukis pun benda yang hidup dalam buku itu. Tiada lukisan orang mahupun haiwan. Aku cuba membelek lagi ke halaman yang seterusnya sampai ke halaman akhir. Memang langsung tak ada. Pelik.

Mungkin dia tak suka lukis benda yang bernyawa kot.

Baru saja ingin menutup cover yang terakhir, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Terdapat poket kecil di cover belakang buku itu. Aku merasa halaman itu seraya melihat apa yang terletak di dalam poket itu. Sekeping kertas kecil tersimpan kemas di tempat itu. Muat-muat. Lalu aku tarik ia keluar tanpa berfikir panjang.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now