ABC ❥ 7

617 38 6
                                    

Please vote before you read! Thanks 💕

     Aku bermain dengan pen biruku. Ada sesuatu yang bermain di fikiranku saat itu. Aku ingin berpusing ke belakang tapi terus membatalkan niatku itu. Teragak-agak aku untuk melihat ke belakang.

Kenapa macam tak ada apa-apa yang berlaku ni?

Takkan gagal pula rancangan aku tu?

Aku mengeluh berat sambil keningku sudah berkerut seribu.

"Sofeeya, faham ke apa yang Syikin tulis di depan ni?" Lamunanku terganggu apabila cikgu Yazid menyoalku. Aku terus berdiri dari kerusi. Kenapa ramai sangat cikgu yang selalu soal aku sekarang? Aku aje jadi mangsa.

Aku termenga-menga melihat apa yang ditulis oleh Syikin di papan putih. Keluk permintaan dan penawaran. Ini lagi salah satu subjek mati aku. Ekonomi.

"Err, faham.. sekaranglah," jawabku setelah mencuba untuk memahami apa yang ditulis oleh Syikin sebentar tadi.

Tiba-tiba rakan-rakan sekelasku mentertawakanku termasuk cikgu Yazid. Apa yang lucu?

"Betul kata Sofeeya. Sekarang memang kamu faham apa yang ditulis oleh Syikin tapi exam nanti, hmm. Jawapan kamu sendiri pun kamu tak faham." Menusuk ke dalam kalbu kata-kata cikgu Yazid itu.

Mereka terus terdiam. Aku hanya memberikan senyuman kelat kepada cikgu Yazid.

Cikgu perli aku ke tu?

Aku kembali duduk di atas kerusi setelah disuruh oleh cikgu Yazid. Mia di sebelahku tersengih-sengih memandang aku sebelum dia menyambung semula membuat latihan subjek kegemarannya itu.

"Pandai buat lawak juga."

Ada suara menyampuk dari arah belakang. Aku menoleh. Rafiqi yang entah bila masa duduk di belakang meja aku sudah melemparkan senyuman sinisnya ke arahku.

Urgh. Aku cuma memberikan jelingan tajam ke arahnya. Pertama kali dia tegur aku weh. Namun semasa aku melihatnya tadi, aku sempat mengscan sesuatu. Aku menggigit bawah bibirku.

Kenapa dia tak pakai benda tu?

Sebab aku berjaya ke?

Ke aku salah ambil?

Mustahil.

Mataku terus membesar. Mampuslah aku kalau salah orang. Aku menggeleng dan hanya menepuk dahi.

Siapalah budak yang malang tu?

❀❀

Hani mengorak langkah menuju ke arahku. Aku mengambil tempat di pondok berdekatan makmal memandangkan pelajar tidak dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman di dalam kelas.

"Ryan." Panggil Hani dengan suaranya yang seperti ingin menangis. Hilang anak ke apa?

"Kenapa kau?" Aku memandangnya hairan. Mulutnya sudah muncung ke depan seperti mulut itik. Jangan bercakap macam itik sudah.

"Afham."

"Kenapa lagi dengan dia?"

Soalku. Mamat seorang ni lagi. Nama dia aje famous kebelakangan ni. Susah jugak jadi dak-dak hot.

"Aku akan pastikan aku dapat orang yang curi kasut dia kelmarin. Memang nahaslah siapa punya kerja tu,"

Curi? Kasut?

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now