ABC ❥ 4

812 43 5
                                    

      Aku yang baru sahaja ingin meletakkan telefonku di bawah bantal tidak jadi apabila Hani baru sahaja membalas mesej whatsapp aku pagi tadi.

Ryan, kau sudah tidur ke?

Tak, belum lagi. Asal?

Kau serang Afham ke tadi? 😡

Adoi, kenapa semua orang mesti cakap pasal mamat tu? 😑 Aku bukan serang dialah, terserang tak sengaja. Salah dia juga 😒 Siapa lagi yang bising-bising tu? Shafina?

Ya? Apa juga yang dia buat sampai kau buat kepala dia benjol? 😷 Yes. Shafina yang cerita kat kelas tadi. Heboh geng.

Ei, geramnya aku dengan dia tu. 😠 Mulut dia memang nak kena sumbat dengan kasut aku pula ni. Cis. Dia masuk kat bilik tu tanpa bagitahu yang dia yang masuk. Yalah, aku fikirkan perempuan, Lagi pula, aku tak bertudung masa tu. 😒

Oh, macam tu. 😅 Aku fikirkan apa. Kes terkejutlah ni? Sampai jadi macam tu? Hahaha, lucu pula geng. 😂 Nasib baik benjol je, kalau tak. Famouslah kau satu sekolah, kau memang betul-betul serang dia. 😌

Fikir aku jahat sangat ke? 😕 Dahlah, malas nak cerita pasal dia tu. By the way, ada homework ke kena bagi tadi?

Baiklah geng. Sabar ye. Banyak pula kes kau dengan dia sejak buka sekolah ni. 😂😌 Hmm, homework. Tak ada juga, hari ini belajar bab baru je. Nanti kau coverlah, okay?

Huh, memang banyak. Tak tahulah siapa yang bagi sihir sampai dia ada je masalah dengan aku. 😬 Oh, baguslah kalau macam tu. 🌚 Nanti kalau ada homework bagitahu aku ye.

😂😂 sihir lagi tu. Tapi aku jeleslah dengan kau geng. Dapat juga kau bercakap dengan dia lama-lama 😳 Tak macam aku ni 😢 Baiklah, nanti aku inform juga 🙆

Pulak dah. 😑 Tak payahlah nak jeles nak nangis bagai. Aku bukan nak bermesra ke dengan dia tapi bermasalah. Faham? 😡

Hahaha, yelah, yelah. Wei, aku tidur dulu ea. Mengantuk dah ni.

Alright. Aku pun dah nak tidur ni.
Bye.
Good night 😗💗

Okok. Night too 😙❤ Bye.

Aku terus meletakkan telefonku di bawah bantal. Sebelum terlelap, aku sempat mengingati apa yang diberitahu oleh Hani sebentar tadi.

Heboh pula benda tu kan. Sabarlah duhai hati. Susah juga kalau ada masalah dengan lelaki genetik hensem sampai tak tertelan air liur dibuatnya ni. Tapi bagi aku dia tu sama aje dengan monyet. Pertama kali aku mengenali Afham Firash adalah semasa di tingkatan empat. Dia baru sahaja berpindah di sekolah kami dan dia satu kelas dengan Hani. Masuk-masuk aje, dah ramai peminat dia tapi aku tak termasuk antara mereka semua tu. Pleaselah.

Aku pernah menyampaikan surat cinta Hani kepada dia. Paling aku ingat sekali, dia memang tak ubah seperti monyet. Nak tahu sebab apa? Dia tergaru sana-sini semasa aku bertemu dengannya. Cuba korang bayangkan, monyet yang sedang menari sambil mengangkat-angkat tangannya ke udara itu. Tidak lupa juga dengan gaya mereka yang seperti menggaru keseluruhan anggota badannya. Lucu gila. Aku hairanlah macam mana diorang boleh jatuh hati dengan kembar monyet tu. Pelik, pelik.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now