ABC ❥ 9

590 39 14
                                    

     Afham berjalan menuju ke sebuah restoran berdekatan sambil memikirkan sesuatu. Dia teringat kejadian yang membuatkan identitinya hampir diketahui oleh seseorang.

"Ibu!"

"Angah!"

Afham yang ketika itu sedang memadankan baju di badannya tersentak apabila dia terdengar suara seseorang yang sangat dia kenali.

Eh, kenapa macam kenal aje suara ni?

"Sofeeya, mai sini,"

Sofeeya? Tengku Nur Sofeeya Aryanna? Dia buat apa kat sini?

Hampir terlepas baju yang sedang dipegangnya.

"Salam dulu dengan Datin Qaisarah. Dia ni pelanggan tetap ibu tau."

Ibu? Jadi inilah butik ibu Aryanna?

"Angah mana ibu?"

"Angah keluar sekejap. Ibu ada minta tolong dia beli sesuatu."

Afham hanya mendengar perbualan mereka. Dia sudah mendekati pintu fitting room. Telinganya dilekapkan di permukaan pintu.

"Anak awak, umur dia berapa?"

Kenapa bonda tanya pasal umur Aryanna pula ni?

"Spm tahun ini,"

"Oh, sama pula dengan anak lelaki saya."

"Ya ke?"

Afham menelan air liur.

Jangan bonda sebut nama aku, sudah.

"Eh anak saya ni, lama pula dia kat dalam."

"Firash, lama lagi ke kat dalam tu? Takkan susah sangat nak pilih baju?"

Alamak. Apa aku nak jawab ni?

Belum sempat Afham menjawab, tiba-tiba dia terdengar Aryanna melatah. Mulutnya yang terbuka luas, ditutup kembali.

"Eh, mak aku cantik."

"ANGAH!"

Afham mengeluh lega sambil senyuman terukir di bibir.

Pandai melatah juga minah ni. Nasib baik kakak dia datang, kalau tak.. tak tahu apa nak jadi.

"Maafkan saya, ibu saya yang cantik sepatutnya bukan mak."

"Ha, pergilah dekat angah tu. Tolong dia."

Selepas sahaja Aryanna pergi beredar bersama dengan kakaknya, Afham terus meminta diri kepada bondanya untuk keluar dengan segera. Dia menipu bondanya bahawa ada mesyuarat tergempar di sekolah dan pengawas sekolah dimaklumkan untuk hadir. Baju yang perlu dipilih pula, dia hanya mengambil yang berkenaan. Semuanya cantik-cantik juga.

Kalau lebih lama dia berada di situ, boleh jadi dia akan terserempak dengan Aryanna.

Imbasan kejadian sebentar tadi terus hilang di fikirannya buat seketika.

"Tak sangka pula itu butik ibu dia." Getus Afham dalam hati. Dia menggeleng. Masih tak percaya.

Dia sudah sampai ke tempat yang ingin ditujuinya. Lantas tempat duduk paling belakang diambil sebelum memesan makanan.

❀❀

"Angah, tak mahulah kat sana. Kita pergi restoran tu. Okay?" Pujukku. Aku menarik lengan angah yang ingin makan di KFC iaitu restoran kegemarannya. Ya Allah, aku sudah muak makan ayam goreng sebab dia ni. Nanti aku pula jadi dugong.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now