ABC ❥ 20

397 28 5
                                    

   Tengku Razlan begitu khusyuk merenung sesuatu di atas meja pejabatnya. Wajah lelaki itu ketara memancarkan seribu persoalan yang bermain di minda. Matanya yang ralat memandang sesuatu itu disedari oleh Puan Jane yang baru saja masuk ke dalam pejabat. Wanita itu berdiri di depan mejanya. Pantas tangan Tengku Razlan menyembunyikan benda yang dilihatnya sebentar tadi.

"You tengok apa tu? You ingat I tak nampak ke you sorokkan sesuatu." Bidas Puan Jane dengan reaksi muka yang tidak puas hati.

"No, nothing. Just an old photo with my friend." Balas lelaki itu dengan tenang sambil tangannya sudah meletakkan gambar yang ditenungnya ke dalam laci.

Puan Jane mencebik. Dia tahu suaminya itu menyembunyikan sesuatu tapi dia diamkan saja. Tahulah dia buat apa nanti untuk mengetahui apa yang Tengku Razlan sembunyikan daripadanya.

"Kenapa you datang sini?" Tanya Tengku Razlan lembut. Sengaja menukar topik. Puan Jane pun mengambil tempat duduk di kerusi hadapan suaminya.

"I nak bincang pasal Rania."

"Kenapa dengan Nia?"

Tengku Razlan mengangkat muka memandang isterinya. Dia berasa pelik kerana tiba-tiba sahaja isterinya itu ingin berbincang mengenai anak sulung mereka. Jarang sekali dia berbincang mengenai masalah anak mereka di pejabat. Selalunya di rumah sahaja.

"I nak jodohkan dia dengan anak Rashid."

Mata Tengku Razlan membuntang bulat setelah mendengar jawapan Puan Jane. Dia memamandang lagi anak mata isterinya itu untuk meyakinkan bahawa telinganya tidak tersalah dengar. Seperti memahami pandangan Tengku Razlan, Puan Jane mengulang kembali permintaannya namun dengan lebih jelas dan teliti.

"Ya, I nak Rania kahwin dengan Rafiqi."

❀❀

"Bertuah punya mangkuk hayun. Aku dah lambat sebab dialah ni." Dengus Sofeeya. Dia baru sahaja sampai di tempat pendaftaran. Sudahlah kena tinggal bas, lambat lagi. Nasib baik Angah tahu di mana tempat kem itu dijalankan.

"Tengku Nur Sofeeya Aryanna." Namanya disebut oleh seorang perempuan di kaunter sebelum dia sempat mencari namanya di atas kertas pendaftaran.

Sofeeya memandang ke arah suara itu.

Shafina.

Baiklah, dia pun ada datang kem ini.

"Nama awak dah tak ada kat sini sebab awak sampai lewat sangat." Jelasnya sambil melemparkan senyuman tak ikhlas. Plastik.

"What?"

Sofeeya ternganga seketika. Ya, dia akui. Dia memang sudah terlalu lewat datang ke tempat itu. Di dalam borang kem kempimpinan ada menyatakan bahawa kem itu akan bermula pada jam 9 pagi, dia pula sampai pada jam 10.30 pagi. Satu jam setengah lewat.

Alah, baru sejam setengah kot. Apalah.

"So, what should I do now?" Sofeeya berlagak tenang. Entah kenapa muka ayahnya tiba-tiba muncul di fikirannya. Sebenarnya dia tak ingin datang pun ke kem itu memandangkan dia telah lewat namun bila ayahnya bertanya, dia akur. Kalau tak, pasti dia masih membuta di atas katil kesayangannya itu.

"Write your full name here and your ic number then sign in."

Hah?

Sofeeya ikut saja arahan Shafina walaupun dia rasa ada sesuatu yang tak kena. Bukan ketua pengawas gila kuasa tu kata orang yang lewat datang ke kem ini akan didenda ke?

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now