ABC ❥ 19

410 26 13
                                    

Please vote and comment! thank you so much 💕

Aku menghempaskan badanku di atas katil. Beg sekolah aku letak di tepi bantal sambil membuka zip beg itu. Tanganku mengagau mencari telefon milik aku. Tak sabar pula nak tengok apa balasan Afham setelah membaca DM aku, hahahah. Hati beriak girang.

Aku pun ke aplikasi Instagram apabila tangan telah mengambil apa yang diperlukan sebentar tadi. Lantas jari runcingku menekan mesej yang aku kirim kepadanya.

Amboi, bagi seen aku?

Mataku membuntang bulat. Hati terus berubah geram kerana Afham tidak membalas pun mesejku. Cari pasal ni, aku taip berderet-deret tapi tidak pula dia respon. Bagus betul perangai monyet seorang ni. Baru aje aku ingin menikmati perasaan membuli orang, ada pula yang tak menyambut perasaan ini. Cis.

Baiklah, aku tunggu sampai malam. Kalau dia tak balas juga, memang sah lelaki ini cari bahana.

Omelku dalam hati. Bibir sudah muncung ke depan. Geram weh. Aku mendengus. Tudung di atas kepala aku tanggalkan. Makin bertambah suhu kepanasan badan aku. Dah la tengah hari itu panas terik. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa panas itu. Berpeluh-peluh sangat badan aku ni, boleh ganti dengan air paip. Lalu rambutku yang terikat satu aku kemaskan, kalau aku leraikan confirm menggerbang macam rambut Hantu Mak Limah.

"Eeee, aku punya excited. Dia buat aku begini? Urgh."

Entah kenapa aku masih tidak puas hati dengan benda itu. Afham la ni. Penumbuk aku genggam. Kalau dia ada depan mata aku waktu ini, mesti dah terbang ke Borneo tak pulang-pulang. Geramnya, ya Allah.

Sedang khusyuk aku mendengus keseorangan, telefonku tiba-tiba berbunyi menyapa gegendang telinga.

Ada whatsapp message masuk!

Mesti monyet tu, sebab aku ada bagi nombor telefon aku dengan dia.

Tangan pantas bertindak. Cepat-cepat aku membuka mesej itu namun sangkaanku meleset. Aku mengeluh berat. Rupanya daripada Hani.

Ryannn.. kata nak story pasal kau dengan Afham tadi 😗 buku apa yang kau bagi dengan dia tu?

Oh, baru aku ingat yang aku kena cerita dengan Hani pasal tengah hari tadi. Aku menepuk dahi lembut. Tak kuat sangat nanti merah macam kena penampar pula. Kulit aku putih, okay.

Sorry Afham. Aku nak bocorkan rahsia ni dengan best friend aku boleh kan.

Bisikku dalam hati. Aku mula tersenyum nakal. Whatsapp message Hani aku balas.

Oh, sorry Hani. Nasib baik kau ingatkan.

Pasal itu, aku terbawa buku skets dia semalam. Kan buku dia di bawah buku aku semasa kita kat library kelmarin. Jadi aku bagi balik dengan dia.

What? Sketchbook Afham? Dia melukis ke apa?

Eh, kau tak tahu ke dia pandai melukis?

Haah, dalam tu semua lukisan dia.

Oh my god. Dia lukis apa? Cantik tak? Mesti cantik kan.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now