ABC ❥ 17

371 27 2
                                    

     "Ryan, bangun weh. Baru satu jam kau belajar, dah mengantuk? Kau tidur jam berapa semalam?" Hani yang duduk bertentangan Sofeeya membebel. Dia mengangkat wajahnya yang berada di dalam pelukan kedua-dua tangannya di atas meja. Mata Sofeeya terbuka kecil memandangnya.

"Awal lah aku tidur. Selepas kau whatsapp tu, aku terus tidur," beritahu Sfeeya. Memang itu yang dia buat semalam selepas naik ke bilik. Tak stay up lagi pun. Dia mula tegakkan badan.

"Buku sejarah ni yang buat aku mengantuk. Lagi pula, sejuk sangat tempat aku ni."

Sofeeya duduk betul-betul di hadapan aircond, apa tidaknya. Matanya tertacap pada buku teks sejarah tingkatan lima di hadapan. Pantas mulut dia menguap setelah membelek beberapa muka surat. Sejarah memang selalu buat dia mengantuk, macam mana nak lulus.

Hani sekadar menggeleng. Mentang-mentang library ni sejuk, mata dia pun jadi nak layu. Tapi Sejarah akan buat kita mengantuk kalau baca aje tak henti-henti. Ha, begitulah yang dibuat oleh Sofeeya. Sepatutnya catatlah nota kecil supaya mengantuk tu tak datang kemari. Kalau tangan bergerak, otak tu akan bergerak juga.

Ryan, Ryan.

Bebelan panjang Hani hanya tersemat kemas di dalam hati. Kalau dia bagitahu Sofeeya, tak ada gunanya. Mengantuk kawannya itu telah sampai ke tahap dewa. Hani memandang Sofeeya yang kepalanya sudah kembali diletakkan malas di atas meja.

"Ryan. Nanti besar kau nak jadi apa?"

Terpacul soalan itu dari bibir Hani. Sengaja dia bertanya. Mana tahu hilang mengantuk Sofeeya.

"Hmm, tak tahu," jawabnya pendek. Sofeeya memandang ke arah pelajar-pelajar yang sedang mencari buku di rak perpustakaan itu.

"Betul-betullah, aku tanya ni."

Hani mendesak lagi. Dia pun sebenarnya nak tahu sebab selama ini Sofeeya tidak pernah berkongsi apa-apa mengenai cita-citanya. Bila ditanya, pasti cita-cita dia akan bertukar-tukar. Tak konsisten langsung.

"Hmm.. aku nak buka butik macam ibu aku," beberapa minit berfikir, dia mula membuka mulut berat.

"Kalau boleh aku nak jadikan butik tu, butik pengantin."

"Really?" Hani tidak percaya apa yang baru saja diberitahu oleh Sofeeya. Jauh sungguh dengan sikapnya yang seperti itu. Well, kawan dia ni kan kasar sikit tapi ada niat juga nak buka butik macam terlebih girly pula. Amazing. Dia terpegun.

"Ya, serius. Takkan aku nak tipu? "

Kali ini Sofeeya menjawab soalan Hani dengan sejujur-jujurnya. Dia ingin miliki sebuah butik pengantin yang gah nanti bila sudah besar. Dia pun tidak tahu sejak bila dia berminat untuk menjadi pemilik sebuah butik tapi kerja itulah yang berjaya menarik hatinya. Hani hanya terangguk-angguk. Mesti mengata dia dalam hati.

"Bangunkan aku 10 minit lagi, aku nak tidur sekejap." Entah kenapa Sofeeya tiba-tiba berasa malu setelah memberitahu Hani mengenai cita-citanya. Dia mengiakan kata-kata Sofeeya apabila kawannya itu sudah menutup mata.

❀❀

"Ryan.."

Sofeeya mendengar bisikan seseorang menyapa di gegendang telinganya secara perlahan-lahan.

"Bangun.."

Sambung suara itu lagi. Kepalnya yang menghadap ke kanan, dipusingkan ke sebelah kiri. Matanya mula terbuka sedikit demi sedikit. Dia ternampak figura seseorang di selang satu kerusi dari tempatnya. Dia cuba mengecam figura itu dengan matanya yang masih kabur kerana baru bangun dari tidur.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now