ABC ❥ 10

528 27 2
                                    

     Aku mencari sesuatu di kawasan baju yang dikhaskan untuk para adam, nak cari apa lagi kalau bukan baju mamat sesat tadi tu. Siapa suruh, nak sangat tolong aku. Kan dah dapat air liur percuma. Angahlah ni paksa aku beli baju dia. Kalau boleh, aku tak ingin pun nak ganti baju dia tu. Menyampah.

Mana pula baju yang sesuai untuk dia ni, aku tak tahu la pasal benda ni semua. Dari tadi aku belek aje semua baju yang ada kat sini. Tak tahu nak pilih yang mana.

Angah lagi satu, boleh-boleh dia tinggalkan aku di sini. Bertuah punya kakak. Dia yang suruh aku, tinggalkan aku seorang pula. Omelku dalam hati. Gaya aku ni dah macam mak-mak pun ada, membebel aje dari tadi.

Ahhh.. pilih aje la mana-mana, yang penting dia tak bogel.

Tangan pantas mencapai sesuatu sebelum melangkah ke kaunter.

❀❀

Aku buat endah tak endah pada orang yang lalu lalang depan aku ketika itu. Apa tidaknya, aku sekarang berada di hadapan tandas lelaki. Aku menunggu manusia sesat tu yang dari tadi tak pandai keluar-keluar.

Dia ni nak baju ke tak? Nak panggil, tambah jatuh saham aku. Nombor telefon dia, aku tak ada. Aduh, cepatlah keluar oi.

Beberapa minit kemudian, terjengul juga kepala dia. Tersengih-sengih dia pandang aku. Sempat pula dia tersengih kat situ. Aku sumbat baju ni kat mulut dia baru tahu. Aku terus memandangnya tajam sambil beg di tanganku ini aku hulur kepada dia. Takkan aku nak datang dekat situ pula?

Dengan jelingan yang tajam, aku bagi isyarat dengan dia supaya datang ke arahku. Akhirnya, mengalah juga dia.

"Yang kau lama sangat kat dalam tu apasal? Bukan ada baju juga," marahku. Beg terus bertukar tangan.

"Mana ada lama, saya cuma bersihkan baju saya ni. Kot-kot boleh hilang." Jawabnya. Sindir aku la tu? Salah sendiri. Aku mencebik.

"Baiklah, masalah aku dah selesai jadi aku nak blah sekarang. Lain kali kalau nak minta belanja tu, tengoklah tempat. Ini tak, main lantak aje," aku mendengus. Dia hanya mendengar. Baru saja dia ingin membuka mulut, aku menyambung lagi.

"Beginilah, baju tu kau anggap aje sebagai tanda aku dah belanja kau. Tak payahlah nak minta belanja makan lepas ni, aku dah belanja baju cantik tu. Okey? Aku nak pergi dulu. Bye."

Aku pun segera beredar meninggalkan dia yang sudah termengah-mengah.

Tanpa aku sedari, ada mata yang melihat kami berdua dari jauh.

"Kau dah tangkap gambar diorang?" Soal seorang perempuan ke arah kawannya yang sedang menekan sesuatu di skrin telefonnya. Dia mengangguk seraya tersenyum sinis.

"Bagus."

"Ini pula kerja kau selama ini. Tak sangka betul." Kata perempuan itu lagi. Kau tunggu aje nanti balasan daripada aku.

❀❀

"Eh Firash, awal pula hari ni. Dah habis meeting ke?" Tanya Puan Qaisarah apabila anaknya itu pulang awal dari hari-hari mesyuarat yang sebelum ini. Dia sedang membaca majalah di ruang tamu.

"Ha'ah bonda, sekejap aje. Taklah lama sangat." Balas Afham. Dia sudah melabuhkan punggung di sofa panjang berhadapan bondanya.

"Sekejap, baju tu dari mana? Bukan tadi Firash pakai baju biru ke? Firash, tipu bonda ya? Dari mana sebenarnya ni?" Puan Qaisarah sudah meragui anaknya itu. Majalah di tangan, diletakkan ke tepi. Matanya sudah merenung anak teruna seorangnya itu.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now