ABC ❥ 21

754 25 8
                                    

     Rintik-rintik hujan yang semakin perlahan(?) jatuh ke bumi ketika itu mententeramkan hati dua orang manusia yang sedang berteduh di bawah pokok besar. Masing-masing berdiam diri bersama lamunan yang panjang di fikiran.

Beberapa minit kemudiannya, mata lelaki itu memandang ke arah perempuan yang duduk beberapa inci jauh daripadanya.

Dia tersenyum, cuba menahan gelak. Baru dia perasan muka perempuan itu cuak dari tadi. Adakah sebab dia takut? Lalu lelaki itu mengutip sebatang kayu kecil dan ingin menyapanya dengan benda itu. Dia terus mengusik perempuan itu dengan kayu kecil yang dipegangnya. Hujung batang kayu kecil itu pun tepat mengena bahu perempuan itu seperti dijarum. Pantas dia menoleh dengan muka yang sedikit pucat. Mungkin terkejut dengan perbuatan lelaki itu.

"Awak takut ke?"

Setelah beberapa lama mereka menyepi, Afham pun menegur Aryanna dengan senyuman yang masih ditahan. Pertama kali dia melihat muka Aryanna yang begitu takut. Comel.

"Eh, ma-mana ada." Jawabnya pendek tanpa memandang Afham. Wajahnya masih melihat keadaan di sekeliling hutan itu. Agak gelap kerana awan yang masih mendung.

"Awak jangan risaulah. Nanti sekejap lagi diorang datanglah tu cari kita. Saya yakin." Afham cuba menenangkan Aryanna. Memang betul perempuan itu ketakutan. Tiba-tiba timbul perasaan rasa bersalah di hati Afham kerana menggelakkannya dalam diam tadi.

"Nah, awak pegang kayu ni." Ujar Afham seraya menghulur kayu kecil yang dipegangnya itu.

"Buat apa?"

"Pegang ajelah."

Aryanna yang seperti tidak betul akal fikirannya saat itu menyambut juga huluran kayu kecil itu. Setelah dipegang, tidak pula Afham melepaskan genggamannya pada kayu itu.

Aryanna mengerutkan kening memandang Afham. Tidak faham dengan tindakan Afham yang masih memegang kayu kecil itu.

"Kalau awak rasa tak selamat, pegang kayu tu. Saya ada aje kat sebelah awak ni,"

"saya jaga awak."

Balas Afham apabila dapat membaca riak muka Aryanna yang blank. Sengaja diganti perkataan takut kepada tak selamat. Kot-kot ada yang kena pelempang sebab tak dengar apa perempuan itu cakap tadi. Namun kata-katanya yang akhir itu diperlahankan dan hanya mampu didengar oleh gegendang telinga Afham.

Dia cuba melemparkan senyuman ikhlas kepada perempuan itu. Takut juga kalau Aryanna mensalahtafsirkan niatnya itu.

Senyuman Afham itu telah memukau Aryanna sehingga dia membiarkan saja tangannya memegang kayu kecil itu.

❀❀

Dup dab, dup dab.

Kenapa jantung aku lain macam bunyinya ni?

Pertama kali degupan jantung aku hidup seperti itu setelah sekian lama mati.

Aku lantas menggelengkan kepala. Kayu kecil yang dia suruh pegang, aku masih genggam. Ya, aku mengaku. Aku takut. Hutan itu begitu menyeramkan. Sudahlah gelap, lagi-lagi aku sedang berdua-duaan dengan lelaki itu. Pertama kali dalam sejarah hidupku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari perkara yang bukan-bukan.

Lantas aku melarikan pandangan mataku dari terus memandang anak mata Afham.

"Awak.."

"Apa.." Jawabku sedikit kasar.

"Lain kali, kalau tak biasa dengan tempat tu jangan jalan seorang. Faham tak? Nasib baik saya ikut awak tadi. Kalau tak, awak rasa apa akan jadi? Apa saya nak jawab dengan ayah awak nanti?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now