ABC ❥ 3

827 38 6
                                    

      Aku meletakkan kepalaku di atas meja. Rasa pening pula kepala aku ni.

"Jom pergi ke padang. Cikgu Rina panggil," arah Saiful selaku ketua kelas 5 Amanah. Pada pagi itu, subjek kami yang pertama ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Aku mengangkat juga kepalaku yang berat seperti dihempap batu. Ramai pelajar yang sudah berpusu-pusu keluar dari kelas itu tetapi aku masih tidak berganjak dari tempat dudukku.

"Ryan, mari keluar," Hani kini berdiri di hadapan meja aku sambil melipat lengan baju rasmi sukan sekolah yang begitu panjang untuknya.

"Sekejap."

Aku meminum air di botol merahku sebelum beredar.

"Kau kenapa? Macam tak bermaya aku tengok. Sakit ke?" Hani perasaan akan keadaan diriku yang lemah hari ini.

Aku menggeleng, menidakkan kata-katanya. "Taklah, pening sikit aje."


Hani membuat mulut berbentuk 'o'. Kami pun segera berjalan menuju ke padang sekolah.

❀❀

Sesi pemanasan badan bermula. Seperti biasa, kami membentuk satu bulatan besar. Pelajar kelas 5 Jujur dan 5 Amanah akan bergabung jika subjek PJK ada pada hari itu.

Aku beruntung tahun ini kerana dapat bersama dengan Hani. Tidak seperti tahun lalu, kelas aku bergabung dengan kelas 5 Cekal iaitu kelas science stream yang kedua. Maksudnya, terdapat dua kelas science stream di sekolah ini dan Hani berada di kelas science stream yang pertama.

Hani tampak begitu bersemangat kerana sekejap lagi kami akan bermain bola tampar. Permainan itu merupakan sukan kegemaran kami berdua. Aku di sebelahnya sudah lemah longlai.

Tanpa aku sedari, kepala aku semakin sakit dan bintang-bintang kuning sudah berkeliaran di atas kepalaku. Nasib baik aku sempat bertaut di bahu Hani sebelum terjatuh tadi.

Hani terus menoleh ke arahku kerana terkejut apabila aku tiba-tiba memegang bahu kanannya.

"Kenapa?"

"Aku dah tak tahan weh. Pening sangat kepala aku ni," akhirnya aku memberitahu juga kepada Hani.

Hani pantas meletakkan tangannya di atas dahi aku untuk merasa suhu badanku. Matanya terus membulat apabila mendapati suhu badanku yang panas daripada biasa.

"Kau demam ni. Panas geng. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Kau duduk sini dulu, aku nak jumpa cikgu Rina."
Hani yang sudah kerisauan menyuruh aku duduk di atas lantai simen gelanggang bola tampar. Dia segera berlari anak menuju ke arah cikgu Rina.

Beberapa minit kemudian, cikgu Rina menyuruh Hani untuk menghantar aku ke bilik sakit.

❀❀

"Betul ni?"

Tanya Hani apabila aku menyuruh dia pergi kembali ke padang. Aku tahu dia ingin bermain bola tampar. Sudah berapa lama kami tidak bermain permainan itu.

"Ya. Kau pergilah. Ada juga pengawas yang bertugas ni. Pening aku pun dah berkurang," jelasku. Aku baru sahaja meminum ubat penahan sakit. Aku berbaring mengiring sambil meletakkan air mineral di atas meja tepi katil.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now