ABC ❥ 16

383 24 2
                                    

Please vote before you read! Thank you 💕

     Siaran televisyen yang sedang bermain di depan mata Afham menarik perhatiannya. Mata dia fokus melihat rancangan masakan orang putih itu. Badannya yang lesu disandar ke sofa panjang kepunyaan hotel ayahnya. Rasa penat dari majlis perkahwinan pak ciknya tadi petang belum hilang lagi. Kot berwarna cream yang tersarung di badannya, ditanggalkan. Dia meletakkan kot itu di tepi. Matanya seraya memandang ke ruang lobi. Bonda dan ayahnya masih menunggu kedatangan sebuah keluarga.

Mereka belum sampai lagi.

Getus Afham dalam hati. Sebentar lagi, keluarga Tengku Razlan akan menginap di hotel itu sebelum pulang ke kampung halaman. Dia kembali melihat rancangan televisyen di hadapan.

"Firash."

Beberapa minit kemudian, ada suara seseorang menyapa gegendang telinganya. Pantas wajahnya menoleh ke arah gerangan suara itu.

Matanya tepat memandang mata hazel milik perempuan yang telah lama dia tidak temui. Senyuman terukir di bibir. Dia terus berdiri. Kelihatan juga bonda dan ayahnya mengiringi parents perempuan itu dari jauh.

"Kak Rania, it's been a while."

Tegur Afham. Anak matanya melihat Tengku Rania Binti Tengku Razlan dari atas sampai ke bawa. Dia hampir terpegun dengan perwatakan baru perempuan itu. Kak Rania sudah berhijab! Ya, itulah perwatakan baru kacukan anak orang putih itu.

Rania hanya melemparkan senyuman teruja sambil tangannya melambai kepada Afham. Tidak sangka lelaki yang dirinduinya itu semakin meninggi malah tinggi daripadanya. Rania pun mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan Afham. Bonda dan ayah Afham bersama parentsnya juga sudah duduk di sebelah Afham.

"Hai pak cik Lan, aunty Jane, lama tak jumpa." Afham menghulurkan tangan menyalam Tengku Razlan yang telah selamat sampai di hotel mereka. Dia hanya menunduk hormat ke arah Puan Jane, isteri pak cik Razlan.

"Wah, dah besar kamu Firash. Dulu kecil aje pak cik tengok, sekarang tinggi mengalahkan pak cik," seloroh Tengku Razlan. Dia menepuk bahu Afham.

"Kan ayah, Nia pun perasan. Tak kentot macam dulu." Sempat Rania mengenakan lelaki itu. Ketawa mereka terus meletus mendengar kata-kata Rania. Afham hanya tersengih malu. Puan Qaisarah dan Puan Jane yang sedang berbual rancak juga tertawa mendengar usikan Rania.

"Biasalah Lan, berapa lama kita tak jumpa. Hampir lima tahun juga kan? Rania pun apa kurangnya, semakin cantik."

Pujian Encik Rahim membuatkan kulit cerah Rania mula merona merah. Apa lagi dipuji di hadapan Afham, semakin merah dibuatnya.

"Eh, Raina mana? Dia tak ikut ke?"

Baru Encik Fahim perasan anak kedua sahabatnya itu tidak bersama dengan mereka.

"Ina tinggal dengan neneknya di Australia. Dia nak habiskan pelajarannya di sana saja." Terang Tengku Razlan. Raina yang sekarang di tingkatan empat lebih selesa bersekolah di situ.

"Oh, Rania pula macam mana? Dia nak sambung U mana?"

"Rania ni pula katanya nak masuk form 6 di sekolah Firash. Nanti Firash bolehlah tolong tengok-tengokkan Kak Nia kalau dah masuk sekolah tu," beritahu Tengku Razlan lagi. Afham mengangguk mengiakan permintaan lelaki itu. Dia tidak ada masalah menuruti permintaan pak cik Razlan. Semasa dia kecil dulu, kak Ranialah yang menjaganya semasa dia jadi pelajar tingakatan satu di sekolah lama perempuan itu. Boleh juga dia balas budi kak Rania selama ini.

"Tak ada masalah pak cik Lan, serahkan aje dengan Firash. Firash boleh jaga kak Rania,"

Afham membuat simbol jari okay ke arah lelaki itu. Tengku Razlan tersenyum lega. Encik Fahim juga menguntum senyum dengan sikap anaknya yang bertanggungjawab. Rania jadi semakin malu mendengar ucapan Afham. Mukanya menunduk memandang lantai. Takut riak mukanya dibaca oleh mereka.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now