ABC ❥ 11

411 26 3
                                    

     Rafiqi sudah terduduk melutut di depan kedai buku Popular. Orang yang lalu lalang berasa pelik dengan perbuatannya. Aku tersenyum puas. Siapa suruh panggil aku macam tu.

"Apa kau buat ni Ryan?"

Mia terkejut dengan perbuatan aku sebentar tadi. Sebenarnya aku telah menendang belakang lutut Rafiqi dari belakang menyebabkan kaki dia terus jadi lemah. Alah, yang macam biasa kau orang buat tu.

"Alamat, aku salah aim. Sorry," hanya itu yang terkeluar daripada bibirku. Rafiqi melihatku dengan riak muka yang tenang.

"Tak apa."

Rafiqi terus melemparkan senyuman manis ke arahku. Mamat sepet ni memang tenang aje aku tengok, tidak pula dia marahkan aku.

"See? Dia okay saja tu. Sudah, jom kita gerak. Ada lagi yang nak dibeli selepas ini." Aku mengubah topik. Mia menggeleng-geleng memandang aku.

Akmal dan Diana mengekori langkah aku. Muka mereka juga berubah setelah nampak tindakan berani aku tadi.

Adoi, tambah takutlah mereka dengan aku. Ah.

Aku pun seraya melangkah yakin untuk beredar dari kedai itu. Aku tidak mengendahkan Rafiqi. Ada juga Mia yang disebelahnya sebagai pengubat.

❀❀

Panggung wayang menjadi tempat ketiga kami setelah membeli kain untuk dijadikan langsir di kelas. Itu pun sebab Rafiqi yang beriya-iya nak belanja kami. Namun lain jadinya pula dengan aku, aku berada di luar tempat itu. Tak ingin aku mengikut mereka.

"Ryan, kau biar betul tak nak ikut tengok dengan kitorang? Menyesal nanti, orang belanja ni."

Mia masih memaksa aku. Kalau setakat tengok Beauty and the Beast, aku boleh tengok lain kali. Aku pantas menggeleng.

"Baiklah, jadi kau nak stay mana? Takkan tunggu kami di luar." Gilirannya hampir sampai di kaunter pembayaran.

"Taklah, nak aku jadi tunggul kayu? Aku nak jalan selepas ni. Kalau korang sudah siap, whatsapp aku." Beritahuku. Plastik yang berisi wall stickers aku jinjit. Berat juga. Nak suruh diorang angkat, barang mereka pun dah banyak. Terpaksa juga aku bawa benda ini dengan aku.

"Okay, jangan silentkan telefon kau tu," sempat Mia memberi amaran. Aku hanya tersengih. Untuk pengetahuan korang, aku ni selalu silentkan telefon. Heheh.

"Aku pergi dulu."

"Hati-hati."

Aku meninggalkan Mia yang gilirannya sudah sampai. Akmal, Rafiqi dan Diana pula sedang memesan makanan untuk dibawa ke dalam panggung. Mata aku bertemu seketika dengan anak mata Rafiqi tapi aku terus menjelingnya. Huh. Tak kuasa aku nak duduk lama-lama dengan dia.

Beberapa langkah menapak, aku sudah kepenatan dan keberatan. Apa tidaknya, ada 10 wall stickers yang aku bawa dari tadi. Mata aku lantas mencari tempat duduk berdekatan.

Alah, tiada yang kosong.

Aku hampa bila semua tempat duduk dipenuhi oleh manusia-manusia sepertiku.

Bukan rezeki aku hari ini. Lebih baik aku berdiri aje di sana, mana tahu nanti ada orang yang berdiri.

Getus aku memujuk hati. Namun apabila ingin menghampiri tempat duduk itu, ada seseorang menegur aku dari belakang.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now