ABC ❥ 5

768 33 5
                                    

     "Erh," Jelita sudah tergagap-gagap namun Mawar hanya tersenyum sinis.

Aku menghembus nafas kuat sambil mengetap gigi.

"Lain kali.."

"Kringgg!"

Kata-kataku tergantung apabila jam loceng sekolah tiba-tiba berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.

"Kami jalan dulu!" Apa lagi, kedua-dua ekor burung murai itu terus mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada aku dan Hani.

"Wei! Aku belum habis cakap!"

Aku tidak sempat menghalang mereka daripada keluar dari tandas itu apabila Hani pantas memegang erat lenganku. Aku menoleh ke arahnya.

"Biarlah diorang tu geng. Nanti ajelah kita kerjakan. Kita masuk kelas dulu ya? Lepas ni kami fizik," pujuk Hani. Guru fizik Hani agak tegas sikit orangnya. Aku tak nak dia kena denda ke apa, akhirnya aku menuruti sahaja apa yang dikatakan olehnya. Aku mendengus tidak puas hati.

Tak apa, kali ni korang terlepas.

"Jomlah." Tanpa membuang masa, kami pun melangkah keluar dari tandas itu.

❀❀

Waktu persekolahan sudah tamat. Aku berjalan menuju ke bilik guru untuk menghantar buku latihan yang diarahkan oleh Encik Saiful iaitu guru matematik kami.

Dengan muka yang cemberut, aku mula menaiki anak tangga bangunan pejabat sekolahku.

Bencilah aku macam ni! Urghhh. Diorang memang nak kenakan aku.

"Jadi kamu semua setuju melantik Sofeeya sebagai penolong ketua kelas kita?" Ujar cikgu Ahmad selaku guru kelas 5 Jujur. Dia meminta kata sepakat buat kali terakhir.

"Kami setuju cikgu!"

Ini semua kerja si belalang a.k.a Faiq tak guna tu. Selalu nak cari pasal dengan aku.

Bodohnya. Astaghfirullahalazim.

Aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa aku sudah rasminya menjadi penolong ketua kelas 5 Jujur.

Aku tak mahulah ada jawatan ni! Membebankan! Tahu tak.

Aku hampir saja merenyukkan buku latihan yang sedang aku pegang itu. Aku melihat buku latihan itu seraya mencebik. Aku berhenti melangkah seketika.

Macam aku betul-betul nak renyukkan buku ni pula.

Api dalam hati belum disembur lagi dengan air. Panas.

Ting!

Namun secara tiba-tiba, muncul mentol berwarna kuning di atas kepalaku.

Kalau aku tak hantar buku ni dan buang ke tempat lain, mesti aku kena lucut kan? Lepas tu, diorang pasti tak akan percaya dengan penolong ketua kelas macam aku ni?

Alah, baru sikit aje kot latihan dalam buku ni. Nanti bolehlah beli baru.

Idea nakal sudah bermain di dalam fikiranku. Aku mula tersenyum sinis. Yes. Bahagia dengan idea bernasku itu.

Aku tidak jadi melangkah untuk menaiki anak tangga yang seterusnya tetapi terus berpusing untuk turun ke bawah.

Tapi ada sesuatu yang menghalang. Semasa aku berpusing untuk turun ke bawah, ada orang yang baru ingin naik ke atas.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now