ABC ❥ 6

671 31 5
                                    

     Pada pagi itu, Rafiqi sedang menuju ke kelasnya. Dia sudah semakin membiasakan diri di kawasan sekolah barunya. Semasa dia berjalan ingin ke kelas, dari jauh lagi dia ternampak seorang perempuan yang sangat dia kenali seperti masih mamai berjalan sambil menunduk lantai.

Tak cukup tidur ke dia ni?

Rafiqi tersenyum seraya menggeleng. Dia mempercepatkan langkahnya tapi terhenti apabila perempuan itu berhenti berjalan dan terus berpusing memandang ke arah padang. Dia berdiri di beranda.

Rafiqi hanya melihat saja apa yang dilakukan oleh perempuan itu. Dia mendepakan tangannya di udara sambil menarik nafas. Dah macam gaya titanic pula.

Rafiqi boleh nampak dari sisi perempuan itu yang dia menutup rapat matanya untuk merasa angin pagi menghembus mukanya.

Belum sempat dia mencuri lihat perempuan itu lagi, ada orang menegurnya dari belakang.

"Kau buat apa kat sini? Tak masuk kelas ke?" Soal Afham. Dia baru siap menjalankan tugasnya setiap pagi iaitu penjemput tetamu setia depan pintu pagar.

"Oh, nak masuklah ni." Rafiqi terus memandang Afham sambil melemparkan senyuman. Dia meneruskan langkahnya yang terhenti sebentar tadi.

Dia pun meninggalkan Afham yang kehairanan. Tanpa membuang masa, Afham juga mempercepatkan langkahnya menuju ke kelas 5 Jujur.

❀❀

Aku sudah memancing-mancing di depan mejaku dari tadi. Apa tidaknya, aku layan Bts Memories of 2015 yang di dalamnya ada isi 4 DVD. Balik-balik aku repeat. Fangirling sampai ke pagi. Excited sangat! Baru kelmarin aku dapat benda tu setelah tiga minggu menunggu tak sampai-sampai. Well, wait is love.

Nasib baik cikgu Harun yang sedang mengajar di hadapan tak perasan aku tidur. Entah apa yang dia membebel, aku tak kisah.

Mia di sebelah aku pula sedang khusuk menyalin apa yang ditulis oleh cikgu Harun. Nanti balik aku gambar aje latihan dia then siapkan kat rumah. Mia kan baik, dia faham aku. Heheh.

"BTS!"

Aku terus berdiri terpacak dari kerusi apabila ada seseorang menendang kaki kerusiku dari arah belakang. Aku sungguh terkejut sampai nak tercabut jantung aku ni. Segar bugar jadinya!

Seperti baru tersedar dari mimpi, semua pelajar dalam kelasku sudah memandang ke arahku termasuk cikgu Harun. Pembelajaran Geografi terhenti seketika.

"Kenapa Sofeeya? BTS? Ada yang tak faham ke?" Cikgu Harun bertanya apabila dia mendengar perkataan yang aku sebut tadi.

Aku pantas menggeleng. Minda aku terus kosong ketika itu. Tidak sangka nama boy group Korea yang semakin terkenal itu aku sebut. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Erh, by the way cikgu. Hah, itu yang saya nak cakap tadi. Ma-maksud saya, boleh saya ke tandas?" Aku hampir hilang akal nak jawab apa. Kalau  cikgu tanya soalan pasal yang dia ajar tadi, memang mampus aku tak dapat jawab.

"Baiklah."

Aku terus mencapai kupon tandas di dalam dompet sebelum memasukkannya kembali ke dalam beg sekolahku. Aku menoleh ke belakang.

Siapa yang tolak kerusi aku tadi?

Takkan mamat sepet tu?

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now