ABC ❥ 13

399 25 2
                                    

     "Ryan, kau betul-betul tak nak pergi rehat ke?" Mia meminta kepastian. Kepala aku yang berada di atas meja hanya memandangnya. Aku mengangguk. Waktu rehat sudah bermula.

"Okey, tapi sebelum itu aku nak tanya kau something. Kau ada masalah ke? Dari pagi tadi lagi, aku nampak kau termenung panjang. Ada sesuatu yang terjadi kelmarin?"

Rupa-rupanya Mia perasan juga dengan perubahan sikapku. Aku mengangkat wajah dan pantas menggeleng. Aku tidak memberitahu dia perkara yang berlaku di belakang bangunan sekolah kelmarin. Biarlah menjadi rahsia mereka berempat sahaja.

"Tak ada apa-apa lah. Aku okay. Kau pergilah rehat nanti tak sempat pula." Cepat-cepat aku menghalaunya. Kalau dia tanya lagi, aku tak boleh jamin mulut aku ni tertutup lebih lama.

"Baiklah, aku pergi dulu."

Dia mengangkat punggung dan segera beredar. Aku mengeluh lega. Pantas kepalaku, aku letak kembali di atas meja.

Baru saja aku ingin menutup mata, belakang kerusi aku ditendang kuat menyebabkan jantung aku berhenti berdegup seketika. Terkejut yang amat. Aku terus menoleh.

Rafiqi melemparkan senyuman sambil melambai tangannya ke arah aku. Aku mencebik.

Jadi memang dia yang tendang kerusi aku dulu?

Omelku geram. Suhu mood aku terus berubah kepada suhu yang sudah ke paras maksimum.

"Apa lagi yang kau nak? Ha? Kau yang tendang kerusi aku dulu kan? Siap tak nak mengaku bukan dia yang buat konon. Huh. Boleh tak dalam satu hari saja, jangan cari pasal dengan aku? Aku menyampah tahu tak. Kalau kau tak nak kaki kau tu patah, stop doing that."

Kataku separuh menjerit. Setelah sekian lama sabar dengan perangai dia yang asyik menyakitkan hati, aku meletus juga akhirnya. Lelaki ni kalau tak diberitahu sikap dia yang suka sangat cari pasal dengan aku, sampai habis sekolahlah dia tak akan sedar diri.

Aku sudah malas ingin stay di kelas itu. Baru saja aku berdiri, Rossa dan Kayla memberikan pandangan yang menjengkelkan. Kelas itu juga menjadi sunyi apabila mendengar suara aku tadi, mata mereka galak memandang ke arahku.

Ah, lantaklah.

Aku merengus kecil sebelum meninggalkan Rafiqi yang terkebil-kebil. Mungkin tidak sangka perbuatan dia itu telah mengundang amarah di dalam hatiku.

❀❀

Petang itu, aku dan Mia datang ke kelas untuk menghias kelas. Semua pelajar kelas 5 Jujur turut datang membantu. Aku bertugas melapis meja dengan menggunakan tikar getah. Tahun ini warna tema kelas kami ialah hijau. Jadi aura nature diambil untuk menghidupkan warna itu.

Aku sudah sampai meja yang ketiga akhir. Tak sangka cepat juga aku buat kerja ni. Aku bukannya expert sangat buat benda begini. Tiba-tiba timbul riak bangga dalam hati aku. Jarang tahu korang nampak Tengku Nur Sofeeya Aryanna buat kerja lancar aje. Selalunya akan tertangguh-tangguh lagi.

Semasa ingin melangkah ke meja yang kedua akhir, perut aku meragam. Kenapa pula dengan perut aku ni?

Aku pun mengambil tempat duduk untuk menghilangkan rasa sakit itu. Huh, sakit dia macam kena cucuk-cucuk dengan pisau. Sakit sangat. Muka aku terus berubah pucat.

"Kau kenapa Ryan? Pucat semacam aku tengok,"

Mia membuat nama setiap ahli kelas kami untuk diletakkan di setiap meja. Dia mendekati aku apabila muka aku yang pucat menarik perhatiannya.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now