BAB 2 - Azila

8.9K 468 9
                                    

Tergesa-gesa cikgu Nazir berjalan ke Blok E yang menempatkan kelas 4vt2 untuk kelas pertama pada hari ini. Di sebabkan oleh beberapa hal di bilik guru, dia terlewat hampir sepuluh minit untuk mengajar di kelas 4vt2.
Setibanya di kelas 4vt2, dia segera memohon maaf kepada pelajar-pelajar kelas tersebut.

‘’Cikgu mohon maaf kerana lambat masuk."

Kelihatan pelajar-pelajar 4vt2 hanya diam dan mengangguk sahaja. Pasti mereka kecewa kerana cikgu Nazir tetap juga masuk ke kelas. Harapan menggunung mereka agar cikgu Nazir tidak masuk tadi punah begitu saja. Apatah lagi cikgu Nazir ada memberikan kerja rumah yang mahu di kutip pada hari ini.

‘’Cikgu ada bagi kerja rumah kan? Baiklah, hantar kerja tu di atas meja cikgu sekarang.’’ Arah cikgu Nazir.

Ketika ini cikgu Nazir sedang duduk di bahagian belakang betul-betul di bawah kipas. Berjalan tergesa-gesa tadi menyebabkan badannya berpeluh dan mula tidak selesa.

Cikgu Nazir memerhati sahaja daripada belakang para pelajar yang bangun menghantar buku latihan di meja guru di hadapan kemudian kembali duduk semula. Kesemuanya perempuan. Ya, kelas ini tiada pelajar lelaki.

Sususan meja di dalam kelas tersebut nyata mengikut kedudukan kelas abad ke -21 iaitu secara berkumpulan. Di mana setiap kumpulan disusun dengan enam meja secara rapat. Maka di dalam kelas ini hanya terdapat tiga kumpulan sahaja.

Namun, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Azila yang duduk di bahagian hadapan dilihatnya tidak pula bangun menghantar buku latihan. Malah, sejak dia mula masuk tadi, Azila dilihatnya muram sahaja. Mungkin dia tidak sihat.
Cikgu Nazir berjalan menghampiri meja Azila. Dilihatnya Azila hanya menunduk sahaja.

‘’Azila, kamu tak sihat ker? Kalau tak sihat lebih baik kamu pergi jumpa guru bertugas. Minta di bawa ke klinik.’’ Soal Cikgu Nazir mengambil berat akan kebajikan pelajarnya.

‘’Azila nampak hantu cikgu !.’’ Sampuk Syazrin daripada meja sebelah diikuti oleh ketawa daripada rakan-rakannya di kumpulan berhampiran tingkap di tepi padang.

‘’Hantu Huda!’’ Sampuk Jiha pula yang berada di sebelah Syazrin. Ketawa mereka berlima satu kumpulan semakin galak kedengaran.
Manakala pelajar lain hanya terdiam sahaja. Mungkin merasakan perkara itu sedikitpun tidak melucukan.  Azila pula masih diam tidak berjawab.

‘’Iskh kamu ni. Ada-ada saja.‘’ Tegur cikgu Nazir kepada Syazrin dan dan rakan-rakannya. Ketawa mereka mulai surut walaupun tidak sepenuhnya hilang.

Cikgu Nazir bekalih semula mamandang Azila yang sedang menunduk sahaja sedari tadi.

‘’Sabrina, kenapa dengan Azila?’’ Tanya cikgu Nazir kepada Sabrina yang duduk di sebelah Azila.

‘’Saya tak tahu cikgu. Sejak dia kata nampak seseorang macam Huda pergi padang pagi tadi, terus dia jadi macam ni. Senyap je. Saya tanya pun dia tak jawab.’’ Beritahu Sabrina berdasarkan apa yang diketahuinya.

Manakala Syazrin dan kumpulannya masih tidak duduk diam.  Tergelak-gelak sesama mereka. Entah apa yang melucukan tidak pula cikgu Nazir tahu. Apabila dipandang, tahu pula mereka pura-pura diam sambil tersengih-sengih.

Wajah cikgu Nazir berkerut. Hairan.

‘’Azila.’’ Panggil cikgu Nazir perlahan. Seperti berbisik sahaja suaranya.

‘’Alaaa cikgu, bukan ada apa pun tu. Orang perempuan, biasalah bila tiba masanya, moody la dia.’’ Celah Syazrin lagi. Cikgu Nazir menoleh ke arah Syazrin lalu mengangkat jari telunjuk menegak di bibir.

Mengisyaratkan supaya Syazrin diam  dan menyampuk menyampuk lagi. Namun isyarat itu di balas pula dengan jeliran lidah daripada Syazrin.

‘’Iskh budak ni. Ada –ada je dia nak balas.’’ Gumam cikgu Nazir di dalam hati.

‘’Azila. Pandang muka cikgu.’’ Panggil cikgu Nazir lagi. Kali ini Azila mula memberikan reaksi. Perlahan-lahan dia mengangkat muka memandang tepat ke arah wajah cikgu Nazir. Wajahnya kelihatan tegang. Tidak seperti Azila yang biasa dia lihat sebelum ini.

Lama Azila merenung wajah cikgu Nazir. Pandangan mereka saling menikam. Tiba-tiba Azila mengukir senyuman.

Terkejut dengan reaksi tersebut, cikgu Nazir mengucap panjang di dalam hati. Dia berkalih memandang Sabrina pula.

‘’Sabrina, bawa Azila ke surau. Ambil wudhu.  Syazrin kamu temankan Azila dan Sabrina.’’ Arah cikgu Nazir. Syazrin yang terkejut apabila namanya di sebut, lambat-lambat saja bangun.

‘’Syazrin.’’ Ulang cikgu Nazir. Syazrin akhirnya beralah, dia segera ke bergegas ke tempat Azila dan Sabrina. Sabrina memegang tangan Azila, manakala Syazrin sekadar mengiringi sahaja.

Apabila kelibat mereka bertiga hilang dari padangan, cikgu Nazir berjalan menghampiri tingkap berhampiran meja kumpulan Syazrin yang menghadap padang. Pandangannya dilemparkan jauh ke kawasan padang. Tertacap pada sebuah pokok yang rendang di tepi padang.

Kemudiannya dia berpaling semula menghadap pelajar 4vt2 yang mula hairan dengan tingkah lakunya.

‘’Baiklah, kita sambung semula dengan tajuk yang lepas. Buka buku teks sejarah muka surat 57.’’ Cikgu Nazir mengambil sebatang pen marker berwarna biru lalu menulis sesuatu di papan putih.

‘’Cikgu mahu, semasa baca kamu kenalpasti faktor-faktor yang cikgu tulis   di papan putih. Tujuanya untuk memudahkan pembacaan kamu bagi mengenalpasti fakta-fakta penting. Okey, baca sekarang.’’

Cikgu Nazir duduk kembali di tempatnya. Menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-perlahan. Sekilas dia merenung ke arah padang.

Hatinya menduga sesuatu.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now