BAB 14 - Cikgu Rosmah

5.7K 271 22
                                    

Cikgu Nazir baru selesai mengerjakan solat Zuhur secara sendirian. Dia terlepas untuk berjemaah beramai-ramai tadi kerana berada bersama Gayathri, Nanthini dan Sarvine di bawah pondok wakaf.

Dia lantas mengangkat tangan dan berdoa. Memanjatkan kesyukuran dan memohon pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa. Dalam doanya, cikgu Nazir bermohon agar mereka semua dijauhi segala bahaya dan juga musibah. Juga turut diselitkan doa agar mereka dijauhi daripada sebarang gangguan yang bersifat halus.

Cerita Gayathri tadi berkenaan pengalaman mereka malam sebelumnya benar-benar meresahkan hatinya.  Apa tidaknya, pelajar diganggu sewaktu dalam perkhemahan.

Mujurlah perkara ini tidak dihebohkan. Jika tidak, pasti sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Sebolehnya, cikgu Nazir tidak mahu perkara tersebut diketahui oleh mereka yang lain.

Namun, tidak pula cikgu Nazir menyalahkan mereka bertiga kerana ingkar pada arahannya. Mungkin juga ianya berpunca daripada dirinya sendiri yang tidak menerangkan sebab musabab sebenar larangan tersebut. Tetapi, patutkah dia menerangkan perkara sebenar kepada mereka?

Lama dia berfikir tentang perkara tersebut. Mempertimbangkan baik buruk tindakannya nanti. Tersentak dia apabila bahunya ditepuk dari belakang. Segera dia berpaling.

‘’Eh...kamu Aiman. Ada apa?’’ Tanya cikgu Nazir apabila menyedari Aiman yang menepuk bahunya tadi.

Sebenarnya sudah beberapa kali Aiman memanggilnya namun tidak bersahut. Cikgu Nazir dilihatnya begitu khusyuk dalam lamunanya. Maka, Aiman memutuskan untuk masuk juga ke dalam surau.

‘’Cikgu Bakar panggil. Dia nak jumpa cikgu dekat khemah urusetia.’’ Aiman menyampaikan pesanan yang diamanahkan kepadanya.

‘’Oh, takpa la. Sekejap lagi cikgu sampai. Terima kasih datang panggil cikgu.’’

‘’Sama-sama, cikgu.’’ Jawab Aiman lalu berjalan ke pintu  surau.

"Aiman!" Aiman berhenti lalu menoleh ke arah cikgu Nazir yang berjalan menghampirinya.

"Pernah jumpa hantu tak?" Tanya cikgu Nazir berterus terang.

Berkerut dahi Aiman mendengar soalan tersebut. Dah kenapa cikgu ni tiba-tiba tanya soalan macam tu.

"Err....tak pernah. Tapi, kenapa cikgu tanya?"

"Hmm..tak ada apalah. Saja tanya. Kamu boleh pergi sekarang." Tidak tahu mengapa, entah kenapa tiba-tiba sahaja mulutnya lancang hendak bertanya soalan tersebut.

Setibanya di meja urusetia, cikgu Nazir terus bertemu dengan cikgu Bakar. Mereka berbual di satu sudut yang sedikit jauh daripada guru-guru yang lain. Sengaja memencilkan diri di situ. Mungkin butir perbualan mereka bersifat privasi. Lama juga mereka berdua berbual disitu.

"Cikgu, yakin?"

"Saya tak berani nak jamin, cikgu Bakar. Tapi, saya fikir itulah yang terbaik."

Riak wajah mereka kelihatan serius sahaja sepanjang perbualan walaupun diselangi oleh gelak tawa mereka berdua.  Ketawa tersebut jelas nampak janggal. Seperti sengaja dibuat-buat.

Para pelajar pula sudah lama berkumpul di atas gelanggang bola tampar iaitu tempat berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum sesuatu aktiviti di laksanakan.

Kelihatan seorang cikgu wanita sedang bercakap sesuatu kepada para pelajar. Walaupun tengah hari, namun cuaca kelihatan redup sahaja seperti hujan akan turun.

‘’Bila la cikgu Rosmah ni nak berhenti cakap.’’ Rungut Syazrin.

Wajahnya jelas menunjukkan kebosanan melampau tatkala ini mendengar suara cikgu Rosmah bercakap dihadapan.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now