Apa lagi kali ini?
Cikgu Nazir mendengus kasar. Cepat-cepat dia berlari ke arah tersebut. Cikgu Jamal , cikgu Sharifah serta Syazrin, Huda dan Azimah juga turut serta mengikutinya. Dilihatnya seorang pelajar perempuan sedang menjerit meracau-racau. Akibat terkejut, rakan-rakannya yang berdekatan menjauhi diri hingga kelihatan membentuk bulatan mengelilingi pelajar tersebut.
‘’Agggghhhhhhhhhhhhhhh...ahhhhhhh’’
Racauanya semakin menjadi-jadi. Jeritan diiringan dengan diiringan dengan cakap-cakap dalam bahasa yang tidak difahami. Menjerit – jerit sambil menutup telinga manakala kepalanya menuduk ke bawah.
Tercungap-cungap pelajar tersebut mencari nafas. Jeritannya terhenti apabila tertunduk memandang lantai. Yang kedengaran ketika itu hanyalah esak tangisanya sahaja. Namun, sebaik sahaja dia mengangkat kepala memandang ke hadapan, ke arah pintu dewan, jeritannya bergema lagi. Bergema satu dewan dengan suara jeritanya yang nyaring seperti kerasukan itu. Meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Beberapa orang guru wanita cuba menenangkan pelajar perempuan tersebut, namun masih tidak berhasil. Malah tidak terlawan oleh mereka kudrat pelajar tersebut yang dirasakan luar biasa. Melihatkan keadaan tersebut, cikgu Nazir menyedari suatu keganjilan yang berlaku.
Pelajar tersebut menjerit dan meracau hanya apabila memandang ke arah luar dewan melalui pintu yang terbuka luas. Cikgu Nazir yakin, puncanya pasti datang dari situ yang menyebabkan pelajar tersebut meracau-racau.
Cikgu Nazir meleparkan pandangannya ke situ. Cuba mencari sebarang keganjilan. Gelap. Tiada apa-apa yang kelihatan di luar sana kecuali sebatang pokok hiasan. Itu pun cuma kelihatan samar-samar sahaja di dalam suram malam.
Keyakinannya semakin menebal. Telahannya juga boleh dikatakan berasas berdasarkan pemerhatiannya pada keadaan yang berlaku sekarang. Dalam keadaan ini, semua orang di dewan lebih tertumpu ke arah pelajar yang terkena histeria tersebut, hinggakan tidak sempat memikirkan perkara lain. Perkara yang menjadi punca kepada histeria tersebut.
Dalam hatinya, cikgu Nazir yakin pasti ada sesuatu di luar sana. Dia berjalan hendak menuju ke pintu tersebut. Dengan niat mahu meninjau dengan lebih dekat serta menutup pintu tersebut. Jeritan pelajar tersebut tidak dihiraukan lagi.
Beberapa langkah sahaja lagi sebelum sampai ke muka pintu, seorang pelajar perempuan telah mendahului dia.
Sabrina?
Cikgu Nazir terkejut. Dalam masa yang sama dia diterjah kehairanan.
Pelajar perempuan yang bernama Sabrina itu lekas-lekas menutup pintu dewan tersebut. Kelam kabut sahaja melihatkan cara dia menutup pintu dewan. Seperti tidak mahu atau cuba menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam dewan.Kemudian berkalih melihat ke arah cikgu Nazir yang cangung memandangnya. Sabrina cuba mengukir senyum. Dengan harapan cikgu Nazir tidak melihat kearahnya dengan pandangan sebegitu lagi. Seperti melihat hantu sahaja wajah cikgu Nazir ketika ini.
‘’Sabrina, kenapa kamu tutup pintu?’’ tanya cikgu Nazir hairan. Wajah Sabrina di tenungnya lama hinggakan Sabrina berasa tidak selesa.
‘’Tak ada apa-apa, cikgu. Angin kuat sangat. Sejuk. ‘’ jawab Sabrina berdalih.
Angin? Cikgu Nazir tidak merasakan angin dari luar. Padahal kipas dalam dewan hampir semua terpasang kecuali yang rosak. Tidak pula sejuk seperti di dakwa. Cikgu Nazir mengesyaki sesuatu.
‘’Cikgu rasa...’’ belum sempat cikgu Nazir menghabiskan percakapannya, Sabrina pantas memotong.
‘’Cikgu, Hanisa dah berhenti menjerit. ‘’ ujar Sabrina menunjukkan ke arah pelajar perempuan yang menjerit tadi. Benar, pelajar bernama Hanisa itu sudah tidak meracau lagi. Sabrina terus meluru ke arah tersebut.
YOU ARE READING
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
HorrorBlok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu buka...