BAB 28 - Terpilih

5K 308 48
                                    

Imbas kembali...

Azimah, Nadatul dan Zahirah terus kembali semula ke khemah. Manakala Syazrin , Jiha dan Huda pula terus berjalan ke arah pokok besar yang terletak di tepi padang.

Dalam fikiran mereka bertiga telah direncana suatu rancangan. Dan rancangan itu menjadi suatu rahsia yang mereka bertiga sahaja yang tahu. Bukanlah rahsia besar tetapi boleh menjadi besar andai salah percaturan.

‘’Wanita Melayu terakhir oi, cepat la sikit jalan tu’’ geram pulak Syazrin lihat Huda yang berjalan seperti di atas  pentas peragaan pula. Padahal jalan di padang sekolah  aje pun.  Macam-macam hal la dia ni.

‘’Sabar laa.... Cepat-cepat nak pergi mana sangat. Tak lari mana pun pokok tuh.’’ Balas Huda selamba.

‘’Pokok tu memang la tak lari, tapi kalau ada cikgu nampak, kita yang jenuh nak lari nanti.’’ Teriak Syazrin lagi.

‘’Ye la ye la. Aku cepat la ni’’ Huda mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia berlari-lari anak. Jiha dan Syazrin pula sudah beberapa meter di hadapannya. Padahal sebentar tadi mereka jalan sama-sama. Sebelah menyebelah.  Entah macam mana mereka berdua  boleh mendahului dia. Berjalan ke melompat budak dua orang nih?

‘’Fuh, lega. Akhirnya sampai juga.’’ Syazrin duduk di atas akar pokok yang agak besar timbul di permukaan tanah sambil memerhatikan Huda.

Jiha turut melabuhkan punggung di sebelahnya. Huda yang sampai kemudiannya jugak turut mengambil tempat di sebelah Syazrin. Akar pokok yang timbul itu muat-muat sahaja untuk mereka bertiga duduk. Jika salah seorang daripada mereka tidak mengawal makan selama  seminggu, nescaya salah seorang daripada mereka akan terjatuh ke atas tanah.

‘’Bosan la kalau macam ni. Ingat ini perkhemahan tahun 1990 ke tak ada handphone bagai. Apa la cikgu ni pun. Tak mengikut peredaran zaman betul.’’ Rungut Jiha.

‘’Aha la, macam mana nak ambik gambar kalau macam ni. Tak akan nak harapkan kamera cikgu saja. Jenuh la kita nak kejar dia tayang muka depan kamera je setiap masa.’’ Tambah Huda pula. Nyata mereka berdua sangat tidak berpuas hati dengan peraturan perkhemahan tersebut.

‘’Cikgu Nazir kan ada.  Kita pinjam la handphone cikgu Nazir.’’ Cadang Jiha. Di rasakan itu cadanganya yang cukup bernas dapat dia utarakan ketika ini.

‘’ Hang sanggup ker? Kalau aku tak sanggup. Nanti entah apa la yang cikgu Nazir nak troll kita.  Bukan boleh harap sangat cikgu Nazir tu.’’ Huda berfikiran jauh. Mengenangkan perangai cikgu Nazir yang kadangkala terlebih masuk air itu membuatkan dia meremang bulu roma. Kenapa bulu roma? Eh, suka hati la bulu apa pun.

‘’Kecoh betol la hangpa dua ni. Sumbat rumput dalam dalam mulut tu nanti baru ada akai sikit. Pot pet pot pet je kerjanya’’ Celah Syazrin sambil berusaha mengeluarkan sesuatu daripada poketnya seluarnya.

‘’Nah, makan kuaci ni lagi baik.’’ Sebungkus kuaci cap matahari yang telah dibuka bungkusannyaa  di keluarkan. Di hujungnya di ikat dengan getah berwarna oren.

‘’Cis, kuaci aje pun. Pulun la nak buat gempak.’’ Cebik Jiha. Entah apa-apa la Syazrin nih.

‘’Ini kuaci bukan sebarang kuaci, kuaci datang dari kayangan. Barang siapa yang melihatnya pasti akan tersenyum menyegih menampakkan gigi. Malah boleh buat orang jadi tidak keruan dengan hanya melihatnya sahaja.’’ madah Syazrin secara tiba-tiba yang mengundang tawa Jiha dan Huda.

Apabila getah oren tersebut ditanggalkan, Syazrin pantas menyeluk ke dalam bungkusan itu lalu mengeluarkan sesuatu dari dalamnya dalam gerak perlahan. Berdebar-debar mereka berdua menanti. Malah rasa macam nak tumbuk saja muka Syazrin yang acah-acah nak buat saspen tu.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now