Syazrin yang sedang terbaring mengeliat beberapa kali. Matanya masih lagi terpejam rapat. Masih mengantuk barangkali. Namun ketidakselesaan yang di rasakan pada lantai tempat baringnya memaksa juga dia untuk membuka mata.
Perlahan – lahan kelopak matanya di angkat. Terasa berat sungguh kelopak matanya hendak terbuka.
Matanya kini sudah terbuka luas. Bukan main terperanjat lagi Syazrin apabila melihat persekitarannya. Dia bukan lagi berada di dalam khemah.
Seingatnya dia tidur di dalam khemah malam tadi. Tapi sekarang apabila sedar sahaja dari tidur dia seperti berada di dalam sebuah bangunan kayu. Gelap dan suram.
Namun terdapat juga beberapa punca cahaya yang berjaya menerobos masuk melalui celahan lubang pada dinding papan. Seterusnya membekalkan cahaya untuk Syazrin melihat persekitaran. Syazrin mulai gelisah. Binggung dengan apa yang di lihat dan di alami.
Dia gagal mengenalpasti di mana dia berada sekarang. Dan yang paling dia buntu, bagaimana dia boleh berada disitu?
Di satu sudut ruangan di dalam bangunan itu kelihatan satu jasad sedang terbaring secara membelakangi dirinya. Serta merta timbul tanda tanya dalam diri Syazrin. Siapakah pemilik jasad tersebut?
Syazrin cuba memberanikan diri. Dia gagahkan jua dirinya merangkak perlahan-lahan menghampiri jasad tersebut walaupun perasaan takut dan was-was kian menebal di dalam dirinya.
Apabila semakin hampir, kurang daripada satu meter jarak antara mereka, Syazrin berhenti merangkak. Dipandangnya sekujur jasad tersebut dari hujung kaki ke hujung rambut.
Huda ? bisik Syazrin perlahan. Dia sudah mengenali susuk tubuh tersebut. Perlahan-lahan tangan di hulur menguis bahu Huda. Dua tiga kali juga sebelum jasad tersebut berpaling. Perlahan-lahan mengadap ke arah Syazrin.
"Aaaarrghhhhh......." Syazrin menjerit nyaring.
Terperanjat besar dia hingga mengesot-ngesot terundur ke belakang. Menjarakan diri beberapa langkah. Dadanya berombak kencang. Pernafasannya turun naik tidak sekata disebabkan hambatan perasaan yang begitu dasyat.
Jasad yang disangkakan Huda itu sedang merenung ke arahnya. Wajahnya kelihatan amat menyeramkan. Matanya merah saga. Mukanya buruk dipenuhi dengan kesan luka dan darah. Beberapa ekor ulat yang keluar masuk di kulit wajahnya. Ada yang jatuh ke atas lantai. Lalu lidahnya yang panjang terjelir keluar menjilat ulat tersebut lalu di telan. Menampakan gigi taring yang sengaja di tayang.
Menyeringai ke arah Syazrin beserta bau yang amat busuk seperti bangkai. Syazrin menutup hidung dan mulutnya. Tekaknya mula terasa mual.
"Arrggghhhhh..." sekali lagi Syazrin menjerit nyaring apabila secara tiba-tiba sahaja kepala makhluk tersebut melayang ke arahnya. Berhenti tepat di hadapan Syazrin. Sejengkal sahaja jarak antara mereka. Bau busuk semakin kuat menusuk hidung.
Mata Syazrin terpejam rapat. Kelu dan kaku. Dia hanya berserah andai makhluk tersebut mahu mencekiknya.
‘’Woii....hang menjerit kenapa. Mengingau la tuu’’ tegur Huda yang sedang menepuk nepuk bahu Syazrin.
Azimah, Jiha dan Zahirah sedang memandang ke arahnya. Jeritan Syazrin tadi telah menarik perhatian mereka. Nadatul pula sudah lama pergi mandi.
Syazrin pantas mengangkat kelopak mata. Menyapu muka dengan tangannya. Dia bangkit dalam keadaan telunjur kaki ke hadapan. Melihat ke arah mereka dan persekitaran dengan perasaan hairan.
Kelakuannya itu di pandang pelik oleh rakan-rakannya. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Sah! Dia mengingau la ni.
‘’Itu la, lain kali tidur tu basuh kaki dulu. Baca doa." Tegur Jiha.
YOU ARE READING
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
HorrorBlok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu buka...