BAB 7 - Hari Pertama

7.6K 337 20
                                    

‘’Cepatlah sikit Zahirah. Aku dah tak tahan ni,’’ Marah Jiha apabila dilihatnya Zahirah berjalan lambat di belakangnya.

‘’Sabar la kejap, kalau nak cepat  sangat hang melepas je la kat pasu bunga tu. Buat baja."

‘'Hang gila ka apa nak suruh aku melepas kat situ.’’ Jiha mencebik marah.

‘’Hahaha. Dah hang tu kelam kabut sangat. Dah la tandas pun jauh. Malam pulak tu.’’ Rungut Zahirah seraya berjalan di sebelah Jiha.

Entah kenapa la Jiha ni, tiba-tiba pulak sakit perut. Itu la, melantak banyak lagi makan malam tadi. Dah tu, dia pulak yang kena temankan.

Tapi bagus juga, berbanding kena duduk dalam dewan buat aktiviti yang entah apa-apa tu. Macam budak terencat pun ada.  Kesian Syazrin yang hendak meneman sekali tapi dihalang oleh cikgu Amirah. Bengang sungguh dia.

Cikgu Amirah kenal benar dengan mereka sekawan. Kaki tuang semuanya. Pantang ada peluang pasti dimanfaatkan sepenuhnya untuk 'menuang'.

Tambahan pulak aktiviti di dalam dewan yang kian membosankan mereka. Pasti segala peluang yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, cikgu Amirah telah bertindak lebih awal dengan  menjaga pintu keluar masuk di dewan untuk mengawal pergerakan peserta perkhemahan.

‘’Hang tunggu kat luar. Jangan lari pulak,"beritahu Jiha kepada Zahirah.

‘’Wei hang, takmau aku tunggu kat luar ni. Dah la gelap, sunyi pulak tuh. Aku ikut hang masuk.’’ Zahirah berlari masuk ke dalam tandas.

‘’Hang ni gila ka apa? macam mana aku melepas kalau hang duduk sini?’’

‘’Alaa...aku pandang belah lain. Aku tak tengok pun.’’

‘’Takda-takda. Hang tunggu kat luar juga.’’

‘’Alaa... hang ni. Aku takut duduk kat luar sorang-sorang."

"Iskh hang ni, nak takut buat apa. Bukannya ada apa pun. Hang tunggu je kat luar tu." Pujuk Jiha. Zahirah akhirnya beralah. Dia melangkah keluar dan tunggu di luat pintu tandas.

‘’Ye la, ye la. Jangan lama sangat. Kalau hang lambat, aku tinggal hang kat sini.’’ Zahirah termangu di luar tandas menunggu Jiha.

Lampu suluh di tangannya di hidupkan. Disuluh secara rawak ke segenap arah. Hatinya mula dirundung gelisah.

Tiba-tiba sahaja pelbagai kisah seram mula menerjah ke fikirannya. Apabila ketakutan mula menjalar, fikirannya akan memikirkan perkara yang bukan-bukan. Apa yang tiada sengaja di ada-adakan dalam bayangan fikirannya.

'Jiha ni pun, cepat la sikit. Dah semacam dah aku rasa ni.' Zahirah memeluk tubuhnya. Angin malam itu terasa sejuk benar. Dari tandas tempat dia berdiri, jelas kelihatan beberapa blok bangunan sekolah yang hanya diterangi oleh lampu koridor sahaja.

Salah satunya blok pelajar tingkatan lima. Jarang sungguh dia menjengah ke blok yang menempatkan kelas-kelas untuk pelajar tingkatan lima itu.  Tiada sebab pula untuk dia ke sana. Kecuali jika di arahkan oleh guru untuk memanggil pelajar ataupun menyampaikan apa-apa pesanan kepada kelas di blok tersebut.

Sedang dia melihat-lihat ke arah blok tersebut, matanya  tertancap pada satu objek seakan kelibat manusia sedang berdiri di hujung koridor pada aras  dua. Sepintas sahaja kelibat itu kelihatan.

Dia yakin itu adalah  di hadapan kelas 5 Teknologi 1 yang berada di hujung sekali pada aras tersebut.

Zahirah berpaling ke arah tandas. Jiha masih belum keluar. Hatinya kian diamuk resah. Zahirah memberanikan diri untuk menoleh ke arah kelibat tadi. Mungkin dia berhalusinasi sahaja tadi.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now