BAB 1 - Kunci

13.9K 569 52
                                    

Azila melangkah laju menuju ke kelas. Anak kunci pintu kelas 4vt2 di pegang kemas.

‘’Macam mana la aku boleh lupa semalam.’’ Rungut Azila yang semakin laju melangkah. Dia mahu lekas  sampai ke kelas untuk  mengambil buku rekod kedatangan yang tertinggal di dalam laci meja dan kembali semula menyertai mereka yang lain di dalam perhimpunan pagi di dalam dewan.

Wajah bengis Puan Zainab, PK HEM sekolah mereka mula terbayang di mindanya.

Azila berhenti melangkah apabila sudah berdiri tepat di hadapan pintu kelas 4vt2. Pintu kelas mereka terpaksa dikunci kerana terletak bersebelahan dengan padang sekolah. Jika tidak pasti kelas mereka menjadi tempat melepak pelajar yang datang bersukan di sebelah petang.

Maka, inisiatif mengunci pintu terpaksa di ambil. Ini tidak menjadi masalah keranan   kelas mereka tidak digunakan oleh pelajar sesi petang.

Anak kunci di masukkan ke dalam lubang kunci pada mangga berwarna keemasan tersebut lalu di pusing mengikut arah jam.  Ketat. Azila mula berasa hairan.

Biasanya mudah saja mangga tersebut dapat di buka. Di cuba lagi, dan hasilnya masih sama. Malah semakin ketat pula.

Mangga tersebut digoncang berkali-kali. Geram sungguh hatinya. Sudahlah dia perlu cepat kembali ke dewan, sekarang mangga pula buat hal.

Tak mungkin dia akan kembali semula ke dewan tanpa buku rekod kedatangan. Tidak sanggup dia hendak menatap wajah bengis Puan Zainab yang akan bertanyakan tentang buku tersebut nanti.

Dia mula menyalahkan dirinya kerana tidak menghantar buku tersebut semalam. Itu sepatutnya dia lakukan setiap hari.

Jam di tangannya dikerling sepintas, 7.18 pagi. Sebentar lagi pelajar di dalam dewan aka bersurai. Dan jika itu berlaku, bermakna dia perlu menghadap Puan Zainab di bilik PK HEM.

Azila berputus asa. Dia nekad untuk kembali semula ke dewan. Dia mahu meminta bantuan rakan sekelasnya yang lain.

Ketika berpusing untuk ke dewan, dia terpandang satu kelibat pelajar perempuan yang sedang berjalan di hujung koridor di bangunan yang sama dengan kelasnya.  Sekali pandang tadi ternyata dia kenal pelajar perempuan tersebut, Huda!

Tapi apa Huda buat kat sini? Bisik Azila sendirian. Ah, lantaklah dia buat apa. Yang penting aku boleh minta tolong Huda. Huda kalau ketawa mengalahkan kak ponti, pasti membuka mangga ni kerja mudah saja bagi dia.

‘’Huda!’’ Azila melaung nama sudah yang sedang berjalan membelakangkan dirinya itu.

Huda sedikit pun tidak berpaling sebaliknya terus sahaja berjalan tenang melalui koridor tersebut.

Azila cuba memanggil lagi. Namun hampa, sedikit pun Huda tidak menoleh ke arahnya. Azila memutuskan untuk mengejar Huda yang sudah membelok di hujung bangunan ke arah padang. Huda adalah satu-satunya harapan dia untuk membuka mangga di pintu kelas mereka.

Sampai di hujung blok tersebut, kelibat Huda tidak pula kelihatan. Yang kelihatan cuma kabus yang semakin menipis di padang. Sunyi.

‘’Huda!’’

Azila melaung nama Huda beberapa kali. Tidak pula bersahut. Padahal baru sekejap tadi  dia lihat Huda ke sini.  Di bahagian belakang blok tersebut, ada satu mesin watercooler.

Mungkin Huda ke situ untuk minum air. Azila bergegas mencari Huda di situ. Tiada. Malah pada bahagian sinki watercooler juga kering sahaja. Tidak ada kesan-kesan basah seperti baru lepas digunakan orang sahaja.

Bulu romanya tiba-tiba saja menegak. Pelbagai perkara bersifat mistik mula bermain di fikirannya. Cepat-cepat dia meninggalkan tempat tersebut untuk kembali semula ke dewan. Langkahnya di atur cepat. Biarlah di marahi oleh Puan Zainab. Dia sanggup.

‘’Ooo..ponteng perhimpunan yer.’’Tegur satu suara apabila Azila semakin hampir sampai ke kelasnya.  Azila yang tadinya menunduk sahaja perlahan-lahan mengangkat muka.

Dilihatnya Syazrin dan beberapa orang rakan sekelasnya sedang berjalan ke arahnya. Dia megeluh halus. Menghembuskan nafas kelegaan. Melihat kawan-kawannya di situ, semangatnya yang hampir hilang tadi berjaya di raih semula.

‘’Mana ada aku ponteng. Aku nak ambil buku rekod kedatangan la. Semalam aku tertinggal kat dalam kelas.’’ Beritahu Azila menepis tuduhan Syazrin.

‘’Habis tu, mana bukunya?’’ Sampuk seorang pelajar perempuan berkulit putih dari belakang Syazrin. Tinggi mereka lebih kurang sama saja.

‘’Huda? Weh,,Hang pergi mana tadi? aku panggil hang banyak kali hang buat tak tau ja tadi.’’ Marah Azila apabila dilihatnya Huda berada disitu. Puas dia mencari tadi.

‘’Hahh? Bila masa hang panggil aku. Aku ada je dalam dewan dari tadi. " Balas Huda sedikit terperanjat dengan pertanyaan Azila tadi.

‘’Hang jangan main-main Huda. Tadi aku nampak hang  jalan pergi padang. Pastu aku panggil hang buat tak tahu ja. Aku cari tak jumpa pulak.’’ Azila mula berasa tidak sedap hati. Namun dia masih cuba berfikiran positif. Mungkin Huda sengaja menafikan perkara itu. Dia yakin, yang dilihatnya tadi adalah Huda.

Jiha mara beberapa langkah ke hadapan. Dia menyentuh dahi Azila yang terpacak berdiri disitu  dengan belakang telapak tangannya seperti memeriksa orang demam.

‘’Okay je. Tak da  panas pun.’’ Beritahu Jiha seperti seorang doktor.

‘’Entah hang ni, Azila. Merapu ja pagi-pagi ni. Huda tak pergi mana-mana pun tadi. Entah-entaj yang hang nampak tadi tu....’’

‘’Diam!’’

Cepat-cepat Azila memotong percakapan Syazrin. Anak kunci mangga pintu di hulurkan kepada Syazrin. Lantas di capai oleh Syazrin lalu memasukkan anak kunci tersebut ke dalam lubang mangga lalu di pusing mengikut arah jam.

Azila terperanjat. Wajahnya berkerut serta merta. Dengan mudah sahaja mangga tersebut dapat di buka. Mereka yang lain hairan dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Azila.

Azila segera masuk mengambil buku rekod kedatangan lalu keluar semula menuju ke dewan. Kelakuannya itu dipandang dengan rasa hairan oleh rakan-rakannya.

"Habis la hang Azila, tadah telinga je la nanti dengar Puan Zainab membebel." Usik Syazrin di sambut ketawa mereka yang lain. Azila tidak berpaling, sebaliknya terus melangkah ke dewan.

Beberapa minit kemudian, Azila kembali semula ke kelas bersama beg galasnya. Dia terus ke tempat duduknya di meja tengah paling hadapan bersebelahan dengan Sabrina.

‘’Hang okey ke Azila?’’ Tanya Sabrina apabila Azila duduk di tempatnya. Riak wajahnya keruh. Sepertinya ada sesuatu yang sedang  mengganggu fikirannya. Atau dia telah dimarah teruk oleh Puan Zainab disebabkan oleh buku kedatangan tersebut.

‘’Kalau Huda tak keluar dari dewan, habis tu siapa yang ke padang tadi? yang aku panggil tu?’’ Rupanya Azila masih memikirkan tentang kejadian tadi.

‘’Azila, tak ada apa lah. Kau silap tengok tu. Mesti kau berhalusinasi je tadi. Jangan nak fikir sangat la. ‘’ Sabrina cuba memujuk.

‘’Tapi...’’

‘’Dah, tak payah nak tapi-tapi lagi. Kau dengar cakap aku, tu semua cuma halusinasi kau saja. Dan sekejap lagi cikgu Nazir nak masuk. Kau dah siap kerja dia bagi?’’

Kata-kata Sabrina itu sedikit sebayak berjaya meredakan kebimbangan yang mula bersarang di sudut hati Azila.

Akhirnya satu senyuman terukir di wajah Azila. Manis. Ternyata Sabrina senang melihat senyuman tersebut.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now