BAB 30 - Lelaki Tua

4.7K 292 10
                                    

Dadanya sudah berombak dengan tidak sekata. Pernafasannya juga sudah semakin tidak teratur. Dia menjadi semkain tidak keruan. Sejak menerima panggilan telefon beberapa jam yang lalu, hatinya mula merusuh. Kebimbangan yang menjalar di segenap urat sarafnya membuatkan fokusnya pada pemanduan agak terganggu. Tanpa memberikan sebarang signal untuk berhenti atau membelok, dia terus memberhentikan keretanya di bahu jalan raya.

Sekali lagi jam digital berlampu hjau pada dashboard kereta miliknya di perhati. Jelas terpampar angka  3.00 AM.

Apa yang tidak kena sebenarnya? Perjalanan ke sekolah daripada rumahnya sepatutnya hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja, tetapi sekarang sudah melebihi 3 jam! Dan sehingga sekarang dia masih gagal untuk menemui lokasi yang hendak ditujui iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri

Pelbagai ayat-ayat suci al-quran sudah dibacanya. Doa juga tidak dilupakan  bagi memohon segala urusannya dipermudahkan, namun hasilnya masih hampa. Laluan ke sekolah yang hendak ditujuinya masih gagal ditemui. Telefon bimbitnya juga kehilangan signal secara tiba-tiba. Pelbagai perkara aneh yang menimpa dirinya kala ini. Misalnya sejak keluar daripada rumahnya tadi, dia perasan dirinya seperti diekori oleh seseorang atau sesuatu namun apabila dia menoleh, tidak pula menemui apa-apa mencurigakan.

‘’Ya Allah ya Tuhan ku, dugaan apakah yang sedang kau berikan kepada hamba-Mu ini. Ku mohon pada-Mu, agar dipermudahkan segala urusan ku ini.’’ Kedua tapak tanganya di raupkan ke muka sesudah berdoa, memohon pertolongan kepada yang sepatutnya. Dalam rintihan halus, dia meletakkan mukanya di muka stereng kereta, memejam rapat kedua belah mata dengan harapan ketenangan datang menyapa. Agar fikiranya kembali tenang untuk memikirkan langkah yang perlu diambil seterusnya.

‘’Assalamualaikum puan, maaf menggangu puan pada waktu malam begini, tapi ini perkara penting puan. Beberapa orang pelajar perempuan di serang histeria dan meracau-racau di sekolah. saya bimbang keadaan bertambah teruk nanti. ’’

Suara cikgu Jamal beberapa jam tadi kembali menerjah semula ke ruang fikirannya. Tersentak dia lalu terus mengangkat kepala daripada stereng kereta. Persekitarannya dikerling seketika dan kembali menghalakan pandangannya ke hadapan setelah di pastikan tiada apa-apa yang mencurigakan.

Dia termenung dalam lamunan yang panjang, mencari solusi kepada masalah yang sedang di hadapinya. Bukan satu, tetapi dua.  Yang pertama masalah yang sedang menimpa di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri. Dan yang kedua pula ialah  masalah yang sedang dihadapi oleh dirinya ketika ini iaitu gagal menemui jalan ke sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri.
Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Seolah-olah ada sesuatu yang cuba menghalang dirinya ketika ini. Menghalang dia untuk sampai ke sana.

Tuk ! Tuk !Tuk !

Lamunannyanya terhenti apabila cermin tingkap sisi keretanya di ketuk dari luar. Perlahan-lahan dia menoleh. Terbeliak matanya dengan apa yang sedang dilihat olehnya kini.

SMK Datuk Menteri

Syazrin, Jiha dan Huda sudah tidak mampu mengangkat muka lagi. Mereka terus memeluk antara satu sama lain. Terkumat kamit bibir cikgu Nazir melafazkan istigfar dan kalimah suci. Apa pula yang mendatang kali ini?

Perlahan-lahan bayangan kelibat di muka pintu tadi mula semakin jelas kelihatan. Cikgu Nazir sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Apa jua kemungkinan, dia perlu hadapinya juga. Apabila semakin dekat, jelas lah kelihatan keseluruhan susuk tubuh tersebut. Ternyata ianya adalah milik seorang lelaki tua, berpakaian serba hitam lagak seperti seorang pendekar, cuma yang tiada adalah tengkolok sahaja di atas kepalanya. Jika tidak, penampilannya itu tidak ubah seperti seorang pendekar yang mahir bersilat dengan pakaian seperti orang dulu-dulu. Di tambah pula dengan rambutnya yang kepututihan serta janggut putih yang agak panjang. Riak wajahnya kelihatan tenang sahaja walaupun mereka yang memandangnya tatkala ini seperti melihat hantu sahaja. Menyeramkan dan menggerunkan.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now