’Kamu...buat apa kat sini?’’ Cikgu Nazir terus bertanya tanpa menghiraukan pertanyaan tadi
‘’Cikgu, cari benda ni kan??’’ Sekali lagi soalan tadi di ulang.
Cikgu Nazir terus berjalan merapati Sabrina. Kotak yang dipegang oleh Sabrina di ambil. Lalu dibelek-belek kotak itu bersungguh. Entah apa yang dicari olehnya tidak pula diketahui. Namun kelakuan cikgu Nazir itu kelihatannya sungguh aneh sekali. Lebih aneh lagi, sepertinya kotak itu adalah hak milik cikgu Nazir sendiri pula.
Syazrin, Jiha dan Huda terus saja menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Sabrina dengan riak wajah yang yang sengaja dibuat-buat. Walaupun mereka adalah kawan, namun pada waktu dan ketika ini, muncul satu perasaan yang menjadi pemisah kepada jalinan persahabatan mereka. Ternyata syak wasangka Syazrin selama ini adalah benar belaka. Sabrina telah mengintip pergerakan mereka bertiga. Jika tidak, masakan Sabrina boleh tahu berkenaan kotak yang sedang dipegang oleh cikgu Nazir ini. Dan kotak itu entah bagaimana boleh berada pada Sabrina. Sangat pelik dan aneh.
Tetapi, apa pula tujuannya Sabrina mengintip mereka tidak pula dia ketahui. Dan kerana itu, malam ini juga Syazrin bertekad hendak mendengarnya daripada mulut Sabrina sendiri.
Syazrin melangkah beberapa tapak menghampiri Sabrina. Sabrina yang direnung Syazrin hanya bermuka selamba sahaja. Tenang tanpa sedikitpun mempedulikan renungan tajam Syazrin.
‘’Oh, jadi betul la kan selama ni hang mengintip kami bertiga kan? kenapa yer hang buat macam tu?’’
‘’Aku mengintip hangpa bertiga?’’ Sabrina ketawa mendengar soalan Syazrin walaupun kedengaran seperti sengaja dibuat-buat.
‘’ Hang memang kelakar la Syazrin. Hang ingat hang sapa? popular sangat ker hang sampai aku nak mengintip hang dengan Jiha dan Huda? Sebelum aku jawab soalan hang tu, hang jawab dulu soalan aku. Kenapa hang ambil kotak tu?’’
‘’Eh, ikut suka hati aku la nak ambik ke tak. Kenapa? Hang punya kotak ke tu?’’Balas Syazrin smeula. Berang sungguh dia dengan pertanyaan Sabrina itu.
‘’Memang bukan kotak aku pun. Dan itu pun bukan kotak hang juga. Hang tak patut ambil kotak tu tau tak. Tak patut!.’’ Tegas Sabrina.
‘’Hey, hang ni sapa nak tetapkan aku boleh ambil ke tak kotak tu? Mak aku ker? ‘’
‘’Syazrin, aku ni kawan hang. Dan aku tahu apa yang hang buat. Tu sebab aku nak tolong hang. Hang jangan nak pentingkan diri saja. Hang kena fikir juga pasal orang lain.’’
‘’Ah, bising la hang, tiba-tiba pulak nak jadi penasihat aku. Hang pergi jadi penasihat kat Azila nuh jadi la. Tak payah sibuk-sibuk nak jadi penasihat aku.’’ jawab Syazrin yang semakin berang. Mahu saja rasanya dia lepaskan geramnya pada Sabrina di hadapannya itu. Mujurlah dia masih waras untuk berfikir. Emosi jika dibiarkan menguasai diri, kelak buruk padahnya.
‘’Kamu berdua dah habis? Hah?!’’ tanya cikgu Nazir. Silih berganti dia memandang wajah Syazrin dan Sabrina. Suara cikgu Nazir yang tegas dan agak kuat itu membuatkan mereka berdua terdiam. Di tangannya masih lagi memegang sebuah kotak segi empat bersaiz kecil.
Jiha dan Huda yang melihat dan mendengar perbualan itu tidak pula mencelah seperti kebiasaanya. Cikgu Nazir kembali merenung Sabrina.
‘’Kamu dah buka ke belum kotak ni?’’ Sabrina mengangkat kepala melihat cikgu Nazir.
‘’Saya belum buka. Tapi, saya yakin Syazrin dah buka kotak tu. Betulkan Syazrin?’’ Sabrina memindahkan soalan tersebut kepada Syazrin pula. Tersentak Syazrin dibuatnya.
Ah, macam mana Sabrina boleh tahu pulak ni? Memang sah- sah la dia mengintip aku. Syazrin yang terperanjat dengan tindakan Sabrina itu mengangguk lemah.
YOU ARE READING
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
HorrorBlok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu buka...