BAB 29 - Manusia atau.....

5.1K 381 48
                                    

Usai Syazrin bercerita, mereka yang lain masih terdiam. Cikgu Jamal nampak sungguh terkejut. Sebaliknya pula kepada cikgu Nazir dan Sabrina. Penceritaan oleh Syazrin tadi sesekali di sampuk oleh Jiha dan Huda.

‘’Betul kamu tak jumpa apa-apa dalam kotak tu?’’ tanya cikgu Nazir lagi. Penerangan oleh mereka tadi masih kabur dan  menimbulkan beberapa persoalan pada dirinya. Sabrina dan cikgu Jamal di sebelahnya diam sahaja. Cuma Sabrina kelihatan sedikit gelisah.

‘’Betul cikgu. Tak ada apa-apa.’’ Beritahu Huda walaupun sebelum ini di khemah dia sudah memberitahu perkara yang serupa.

Mungkin juga cikgu Nazir sudah terlupa. Dalam keadaan begini, fikiran cikgu Nazir nampaknya agak bercelaru. Padahal dia merupakan cikgu baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, tetapi malam ini lagaknya berbeza sama sekali.  Dia seperti seorang cikgu yang sudah lama berkhidmat. Seperti segala beban peristiwa yang terjadi malam ini menjadi tanggungjawab tunggal kepada dirinya pula. Bukan tiada guru-guru yang, tetapi  mereka semua nampak binggung dengan apa yang terjadi.

Sekilas cikgu Nazir memandang ke arah Sabrina yang tertunduk memandang lantai pentas apabila pandangannya bertembung dengan pandangan cikgu Nazir.

‘’Sabrina, ada apa-apa yang kamu nak cerita?’’ Tanya cikgu Nazir.

‘’Hah?.... cerita apa? tak ada apa-apa cikgu. ‘’ Sabrina pantas menggeleng. Entah mengapa di rasakan belum masanya untuk dia berterus terang kepada cikgu Nazir. Terutamanya tentang siapa dirinya yang sebenar dan apa yang telah diketahui olehnya. Walaupun, firasatnya kuat mengatakan bahawa cikgu Nazir sudah tahu malah lebih mengetahui, tetapi sengaja berpura-pura tidak tahu. Untuk apa? dia sendiri tiada jawapannya.

‘’Syazrin, Huda dan Jiha kamu sudah buat satu kesilapan besar dengan membuka kotak ini. Ya, memang benar, di dalamnya tiada apa-apa. Tetapi sebenarnya ada tetapi kamu yang tidak nampak.’’ Beritahu cikgu Nazir merujuk kepada kotak di atas lantai di hadapan mereka.

‘’Apa yang kami tidak nampak ni cikgu. Cuba cikgu cakap je terus, kan senang‘’ Huda mula di serang rasa takut. Apatah lagi dialah orang yang telah membuka kotak tersebut.

Cikgu Nazir sedaya upaya mengawal pernafasannya agak lancar. Dia perlu tenang. Wajah cikgu Jamal di pandang. Jelas nampaknya cikgu Jamal dalam keadaan yang amat bingung. Kotak di hadapannya itu saja sudah membingungkan dirinya yang gagal mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang telah berlaku.

‘’Cikgu yakin, Sabrina tahu apa perkara yang kamu tidak nampak tu. Kebetulan pada petang tu cikgu ada lalu di hadapan Blok E. Dan dikgu perasan, pada petang tu Sabrina keluar daripada kelas di Blok E dengan  wajah yang pucat, cuak dan bimbang. Cikgu tertanya-tanya dan cikgu nampak kamu bertiga sedang bergelak ketawa di bawah pokok di tepi padang. ‘’

Cikgu Nazir berhenti seketika. Dia menarik nafas dalam sebelum meneruskan ceritanya.

‘’Apa yang kamu tidak nampak adalah kamu telah melepaskan ‘penghuni’ di dalam kotak tersebut.’’ terang cikgu Nazir akhirnya.

Bukan main terperanjat lagi Huda mendengarkan perkara itu. Hampir saja dia terjerit. Mujurlah Jiha sempat menekup mulutnya dengan tangan. Jika tidak, pasti suara jeritan Huda akan menimbulkan suasana panik. Jiha yang juga di serang ketakutan, merapatkan dirinya kepada Huda. Syazrin pula mengurut-mengurut dadanya cuba menenangkan dirinya sendiri.

‘’Maksud cikgu hantu ker?’’Cikgu Jamal sungguh terkejut. Jadi semua ini angkara makhluk terkutuk itulah fikirnya di dalam hati.

Cikgu Nazir mengangguk. Air muka cikgu Jamal berubah keruh. Jelas kerutan di wajahnya. Lengannya digosok - gosok bagi menurunkan bulu roma yang sudah tegak berdiri. Ketakutan sudah menjalar dalam dirinya apabila mendengar ianya melibatkan makhluk alam sebelah tersebut. Mana tidaknya, makhluk tersebut boleh berada di mana-mana sahaja tanpa mereka sedar. Mungkinkah di sebelahnya kini? Oh, harapnya tidak.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now