BAB 6 - Perkhemahan

7.7K 352 24
                                    

''Woi Huda, amboi hang sedap melepak kat situ noh. Mai tolong pasang khemah ni.'' Tersentak Huda yang sedang mengelamun di bawah pokok berhampiran pondok wakaf di sergah Syazrin.

Lambat-lambat Huda bangun menyertai Syazrin, Zahirah, Azimah, Jiha dan Nadatul yang sedang bertungkus lumus memasang khemah.

''Aku ingatkan kita tidur dalam kelas ataupun dewan, rupanya tidur dalam khemah. Hmm.. ni kalau hujan ni macam mana?'' Rungut Zahirah yang sedang mengetuk pancang khemah ke dalam tanah.

''Kalau hujan macam ni, mula-mula air hujan turun dari langit lepastu jatuh ke atas khemah kita dan...jadilah cococrunch!'' Beritahu Syazrin bersemangat siap dengan buat gaya lagi.

''Tak lawak, okey!''Zahirah mencebikan bibir.

''Habis tu, dah hang tanya soalan pun macam budak baru nak belajar naik basikal kenapa. Dah namanya pun khemah, mesti la tak basah bila kena hujan. Kita duduk je la kat dalam tu senyap-senyap kalau hujan. Lagipun sekarang bukannya musim hujan pun.'' Syazrin kembali rasional.

''Entah hang ni, pelik-pelik la tanya.'' ujar Azimah yang berada di sebelah Zahirah.

''Dah, tak payah nak tanya banyak. Pasang khemah cepat. Sebelum pukul lima nak kena siap dah. Ada taklimat pula lepas ni untuk aktiviti malam nanti.'' Beritahu Syazrin yang bertindak sebagai ketua kumpulan mereka merangkap ketua khemah tersebut.

Semuanya gara-gara Jiha yang lancang sahaja mencadangkan namanya pada taklimat awal tadi sewaktu pembahagian barang-barang khemah kepada setiap kumpulan.

Mereka bebas untuk memilih ahli kumpulan sendiri untuk tiap-tiap khemah. Setiap khemah boleh memuatkan seramai enam orang dalam satu masa. Cukup-cukup sahaja untuk kumpulan mereka.

Perkhemahan Perdana kali ini diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan empat. Pilihan dan pengecualian hanya diberikan kepada pelajar tingkat lima kerana mereka bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Namun, ramai juga para pelajar tingkatan lima yang menyertai perkhemhan ini

''Siap!'' ujar Syazrin seraya mendepakan tangannya. Bangga sungguh dia selaku ketua kerana berjaya memasang khemah tepat pada masanya.

15 minit sebelum pukul lima petang. Masa yang ada itu digunakan oleh mereka berenam untuk memasukkan barangan peribadi ke dalam khemah dan menyusunnya dengan kemas. Jika tidak, ruangan yang terhad itu tidak akan muat untuk mereka berenam tidur nanti.

''Aku nak tidur tepi sini!'' Jiha pantas meletakkan begnya di bahagian tepi sebelah kanan. Sebagai tanda kawasan itu adalah miliknya.

''Aku tepi sini!'' Syazrin pula memilih tempat di sebelah kiri. Bermakna ruang yang tinggal adalah di tengah - tengah sahaja untuk Azimah, Huda , Nadatul dan Zahirah. Wajah mereka kelihatan redha sahaja.

Tidur di bahagian tepi sekali ini ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihan adalah mereka akan kurang dihimpit berbanding di tengah yang akan menjadi seperti sardin dalam tin.

Dan keburukannya pula adalah, kemungkinan di sebelah mereka itu akan ada 'orang' lain pula yang baring bersama. Di sebelah bahagian yang kosong. Siapakah 'orang' itu?

Hey, penulis! Kau laki kan? Pergi main jauh-jauh cepat. Depa nak salin pakaian nih. Pergi sana cepat! Gatai punya penulis.

''Okey, aku dah siap! Eh,...woii...cepatlah, takkan masa berkhemah pun nak ber make-up bagai.'' laung Syazrin daripada luat khemah. Dia sudah membuat beberapa pergerakan senaman ringan di luar khemah. Bosan sungguh dia.

Jika mereka lambat lagi, dia mungkin akan membuat gaya tai chi berserta wayang kulit. Atau juga berdikir barat seorang diri di luar khemah.

Khemah lain yang sederet dengan khemah mereka pula semakin sunyi. Hampir semua penghuninya sudah berkumpul di gelangang bola tampar di tepi padang. Sebentar lagi taklimat akan diadakan.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now