BAB 4 - Kisah

8.4K 438 48
                                    

Cerita Azila tergantung apabila kelibat cikgu Nazir sudah melangkah masuk ke dalam kelas mereka.

Cikgu ni lagi, tak ada cikgu lain ke kat sekolah ni? Haha.

Cikgu Nazir tersenyum di dalam hati melihat Azila sudah berada di tempatnya. Dia berjalan ke tempat Azila.

‘’Kamu dah sihat, Azila?’’ tanya cikgu Nazir inginkan kepastian.

‘’Alhamdulillah, cikgu. Saya okey.’’ Jawab Azila bersemangat seraya mengukir senyum. Senang hati cikgu Nazir melihat semangat yang ditunjukkan oleh Azila.

‘’Baguslah kalau macam tu.’’ Cikgu Nazir terus berjalan ke arah tempat duduknya di hadapan kelas. Buku nota kulit berwarna hitam dibuka. Sebenarnya hari ini dia tidak ada apa-apa perancangan untuk mengajar kelas ini.

Fikirannya lebih terarah kepada kejadian yang menimpa Azila minggu lepas. Segera kejadian-kejadian aneh yang pernah diceritakan oleh kakaknya dahulu mengenai sekolah ini menerjah ke dalam fikirannya.

Cikgu Nazir bangkit sambil memandang ke arah pelajar 4vt2 yang sedang menanti dia untuk memulakan sesi pengajaran.

‘’Hurmm...sebenarnya untuk kelas hari ini cikgu tidak ada apa-apa perancangan. Jadi cikgu nak tanya, kamu nak buat apa dalam masa sejam ni?’’

‘’Tidur.’’

‘’Buat kerja sendiri.’’

Yang diam lebih ramai dari yang menjawab. Mungkin mereka buntu tidak tahu hendak berbuat apa-apa dalam masa sejam yang ada ini.

‘’Apa kata cikgu bercerita.’’ Saran satu suara dari kumpulan berhampiran tingkap di hadapan meja guru.

‘’Bercerita? Cerita pasal? Pasal sejarah. boleh jerr..’’ Jawab cikgu Nazir tenang.

‘’Alaa, bosan la pasal sejarah. pasal lain laa pulak...selain daripada sejarah.’’

‘’Pasal awek cikgu!’’

‘’Iskh, kamu ni, cikgu mana ada awek.’’ Nafi cikgu Nazir.

‘’Eleh.. gebang je tu.’’

‘’Cerita hantu!’’

‘’Aha, cerita hantu! Lagipun kan ni siang. Tak la takut sangat nanti.’’

‘’Hurmmm...kejap.’’ cikgu Nazir kelihatan sedang berfikir menimbangkan cadangan tersebut.

‘Baik, cikgu akan cerita.’’ Putus cikgu Nazir akhirnya. Terbit senyuman di wajah para pelajar di hadapannya.

Mereka mula merapatkan kerusi ke meja hadapan. Cikgu Nazir menarik sebuah kerusi lalu di letakkan di hadapan kelas betul-betul di bawah kipas. Seperti hendak bermain aktiviti hot chair atau kerusi panas pula.

Hampir separuh pelajar kelas itu sudah berkumpul di meja kumpulan Azila. Masing-masing teruja hendak mendengar cerita daripada cikgu Nazir. Dan yang paling bersemangat dan berani tentunya Syazrin dan kumpulannya.

‘’Cepat la cikgu cerita.’’ Huda kelihatan sudah tidak sabar.

‘’Okey, okey. Cikgu cerita sekarang. Tapi dengan syarat. Kamu jangan menjerit pula walaupun cerita cikgu ni tak seram.

Mereka mengangguk tanda setuju.

‘’Pada suatu hari................’’ cikgu Nazir mula bercerita dengan mukadimah yang sudah lapuk.

Padang sekolah Datuk Panglima riuh rendah dengan sorakan para pelajar. Petang itu satu acara sukantara antara rumah sukan  di adakan. Pelbagai acara sudah dan sedang dilangsung dimana setiap pelajar berpeluang menyumbang markah untuk rumah sukan mereka.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now